.

Gelintar
×

Daftar Diri

Use your Facebook account for quick registration

OR

Create a Shvoong account from scratch

Already a Member? Daftar Masuk!
×

Daftar Masuk

Sign in using your Facebook account

OR

Not a Member? Daftar Diri!
×

Daftar Diri

Use your Facebook account for quick registration

OR

Daftar Masuk

Sign in using your Facebook account

Profil Syarikat


Shvoong – Ringkasan Prinsip
Terjemahan
Bahasa Ibunda
Pelayan Internet
Sepatah dua kata kepada Pengiklan
Hubungi kami
Founders

Pada tahun 47 S.M., penduduk Alexandria telah membakar perpustakaan terkemuka mereka, oleh itu, sebuah tempat simpanan ilmu pengetahuan dan koleksi pemikiran manusia sehingga ke masa itu telah hilang selamanya. Di antara 700,000 skrol yang terbakar adalah Septuagint (terjemahan Greek untuk Injil), lukisan saintifik Pithagoras, penulisan Homer, Plato, Aristotle dan semua hasil kerja penting ahli-ahli fikir kuno. Pada masa kini, ia adalah mustahil untuk membakar semua buku dengan sebatang mancis dan tidak terdapat bahaya kehilangan aset intelektual global kita dalam sebarang kemalangan. Hari ini, kesedihan bagi kehilangan buku yang terbakar digantikan dengan kehampaan yang disebabkan oleh ketidakupayaan kita untuk melayari bidang ilmu pengetahuan yang terkumpul dalam 2052 tahun selepas waktu kebakaran itu. Kesedihan manusia adalah disebabkan ketidakupayaannya untuk membaca apa yang telah diselidiki, ditulis dan dicetak dan yang dipersetujui oleh kebanyakan orang sebagai suatu yang penting. Dalam kata lain, kelimpahan maklumat menambahkan lagi perasaan ketidakupayaan kita.

Penyelidikan sejarah yang mendalam ini adalah sebagai permulaan untuk menerangkan bahawa objektif sebuah laman internet tidak akan dijamin sekiranya tujuannya tidak strategik. Shvoong berharap untuk mengukur kemuncak kepentingan sejarah, iaitu satu “budaya Everest”. Laman ini bercadang untuk memasukkan sinopsis ilmu pengetahuan manusia dan pada masa yang sama, menawarkan peluang untuk mendapat bayaran dengan menulisnya. Kami tidak berurusan dengan kebajikan, altruisme atau dermawan. Laman ini berusaha untuk berkhidmat sebagai suatu perniagaan yang menguntungkan bagi operator-operatornya.

Oleh itu, Shvoong memanggil semua orang yang boleh menulis dan membaca di seluruh dunia dan berkata, Marilah membaca dan menikmatinya! dan juga, Marilah menulis dan mendapat bayaran! Laman ini dihasilkan untuk pelajar universiti, pelajar sekolah menengah, ahli akademik, pegawai kerajaan, pegawai bukan kerajaan, peguam, ahli sains, suri rumah, mereka yang tidak boleh bangun, mereka yang sihat dan mereka yang normal yang sememangnya mempunyai masa dan jangka hayat yang terhad. Semuanya adalah penduduk dunia yang dibelenggu oleh masalah hidup, perlu membahagikan perhatian mereka dengan berhati-hati, terpaksa mengumpul maklumat yang mereka perlukan dalam kuantiti yang boleh mereka dapatkan dalam jangka masa yang terhad. Dalam kata lain, ia ditujukan kepada semua orang. Pada masa yang sama, laman ini juga mempelawa pengiklan-pengiklan yang akan kagum dengan arena yang luas dan memanggil kepada mereka, Marilah!

Buat masa sekarang, tidak terdapat perkakasan yang boleh memberikan penyelesaian kepada kepentingan keperluan untuk membuat rumusan. Semua enjin pencarian internet berulang kali membawa pengguna balik semula kepada maklumat berlebihan yang tidak menggalakkan. Shvoong berharap dapat menyelamatkan anda yang lemas dalam lautan maklumat, untuk berkhidmat sebagai perkakasan yang memisahkan sekam dari gandum, menjadi suatu peralatan yang membezakan antara signal dan kebisingan.

Kandungan laman Shvoong tidak bertujuan untuk menggantikan kandungan asal. Laman ini tidak menuntut untuk menggantikan benda yang asal - sama ada buku atau penyelidikan - dengan abstrak. Shvoong berharap untuk menjadi tempat simpanan bagi maklumat yang dikehendaki untuk sesiapa yang terdesak memerlukan maklumat tetapi mempunyai masa yang terhad.

Mengenai kandungan: teks dalam laman Shvoong ini tidak ditulis oleh pakar-pakar. Semua abstrak dihasilkan oleh pengguna rawak di atas inisiatif mereka dan dalam bahasa mereka sendiri. Untuk menggalakkan mereka menulis, laman ini menjanjikan bayaran kepada mereka. Shvoong sedar bahawa bukannya semua pengguna internet mempunyai kebolehan menulis. Sesetengah daripada mereka menulis perkara yang tidak munasabah. Walau bagaimanapun, pemilihan, penapisan dan penilaian dilakukan oleh pembaca sendiri yang dipelawa untuk melayari, menilai dan menggred. Oleh itu, laman ini diuruskan dalam cara yang membina kerana hasil dari kerjasama di antara pembaca dan penulis tidak disemak oleh penyunting, penulis semula dan pembaca pruf.

Kami di Shvoong menjangka akan menerima bilangan pembaca dan penulis yang tinggi dari serata dunia dan dalam pelbagai bahasa (37). Kami percaya dengan keupayaan laman ini untuk menampung pengguna-pengguna di rumah dan di tempat kerja, dan untuk melakukannya dengan semangat egalitarian: Mengenai orang ramai, oleh orang ramai, untuk orang ramai.

Shvoong – Ringkasan Prinsip

  1. Objektif laman ini ialah untuk merumuskan semua penulisan mengenai sejarah manusia dalam bidang-bidang kesusasteraan dan penyelidikan saintifik (dalam Sains Semula jadi, Sains Sosial dan Kemanusiaan). Setiap abstrak boleh didapati dalam 3 format teks dalam kebanyakan bahasa: (i) sehingga 300 perkataan; (ii) sehingga 600 perkataan; dan (iii) sehingga 900 perkataan, bergantung kepada pilihan pembaca. Laman ini juga akan meneliti berita harian dan abstrak terkini dalam tiga format yang dinyatakan di atas.
  2. Laman ini menawarkan pembacaan abstrak yang percuma kepada penggunanya.
  3. Selepas membaca, pembaca di minta untuk menilai bahan tersebut dalam skala kualiti 5-mata. Oleh itu, mereka mempengaruhi penapisan dan penggredan teks untuk penentuan kualiti.
  4. Semua abstrak ditulis oleh pengguna rawak yang mendapat royalti sebagai pulangan.
  5. Oleh itu, pengumpulan bahan-bahan dan penilaian dilakukan dengan cara yang membina. Pengguna menulis, menilai, menapis dan membaiki kualiti bahan-bahan yang ditawarkan di laman.
  6. Penulisan dilakukan dalam semua bahasa dengan pilihan untuk terjemahan automatik kepada 12 bahasa major. Walau bagaimanapun, kualiti penterjemahan automatik adalah terhad. Penterjemah manusia yang merupakan pengguna biasa menterjemah teks dengan kadar yang perlahan (tetapi mempunyai hasil yang berkualiti)
  7. Penterjemah juga menerima royalti untuk kerja mereka.
  8. Bayaran kepada penulis dan penterjemah adalah hasil dari pendapatan yang didapati dari pengiklanan di laman web mengikut peraturan dan formula yang dipersetujui.
  9. Pendapatan laman ini di kumpul dari pengiklan melalui pengiklanan - program pengawasan.
  10. Pendapatan yang tidak dituntut (contohnya, dalam kes royalti yang tidak dituntut) akan didermakan kepada kebajikan melalui Yayasan Shvoong.
  11. Di mana perlu, setiap abstrak mengandungi pautan kepada sumbernya atau ke laman di mana sumber itu boleh didapati.
  12. Format laman ini, seperti mana yang diterangkan, didaftarkan sebagai hak milik US dan tidak boleh ditiru.

Kaedah Pembayaran

Shvoong akan menerima bayaran (“Royalti”) dari pihak yang mengiklankan iklan mereka di laman ini atau dari pihak yang membantu pengiklanan barangan dan perkhidmatan pihak ketiga di laman ini. Shvoong dengan sukacitanya akan membuat pembayaran kepada pengguna yang berdaftar di laman ini sebahagian dari Royaltinya mengikut terma iaitu (“Komisen”).

Shvoong akan membayar setiap penyumbang Kandungan sebanyak 10% (sepuluh peratus) daripada Royalti kasar yang diterima oleh Shvoong bergantung pada halaman di mana Kandungan itu dipaparkan. Shvoong akan mengira 10% (sepuluh peratus) ini berdasarkan bilangan pengguna individu yang memasuki halaman di mana Kandungan itu dipaparkan (“Piawai Pengiraan”).

Sebagai tambahan, jika anda menterjemah mana-mana Kandungan dari bahasa asal Kandungan seperti mana yang dihantar ke laman ini (“Kandungan Asal”) kepada bahasa yang lain dan terjemahan tersebut kemudiannya dihantar ke Laman ini, kami akan membayar 5% (lima peratus) dari Royalti kasar yang diterima oleh Shvoong iaitu bergantung pada halaman di mana terjemahan Kandungan itu dipaparkan, seperti mana yang dikira mengikut Piawaian Pengiraan; kami akan membayar penyumbang Kandungan Asal 5% (lima peratus) dari Royalti kasar yang diterima oleh Shvoong bergantung pada halaman di mana terjemahan Kandungan dipaparkan, seperti mana yang dikira mengikut Piawai Pengiraan.

Terjemahan

Laman web Shvoong terdapat dalam 36 bahasa berikut: Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Perancis, Bahasa Sepanyol, Bahasa Rusia, Bahasa Portugis, Bahasa Jerman, Bahasa Arab, Bahasa Hindi, Bahasa Jepun, Bahasa Korea, Bahasa Kroatia, Bahasa Itali, Bahasa Sweden, Bahasa Denmark, Bahasa Finland, Bahasa Norway, Bahasa Belanda, Bahasa Poland, Bahasa Roman, Bahasa Czechoslovakia, Bahasa Greek, Bahasa Bulgaria, Bahasa Turki, Bahasa Serbia, Bahasa Parsi, Bahasa Georgia, Bahasa Uzbek, Bahasa Moroko, Bahasa Thai, Bahasa Malaysia, Bahasa Vietnam, Bahasa Bengali, Bahasa Indonesia dan Bahasa Ibrani. Indeks tajuk laman ini dikemaskinikan setiap hari dan diterjemahkan dari Bahasa Inggeris ke dalam 36 buah bahasa oleh pengguna internet yang dibayar. Pada masa yang sama, pembaca juga boleh menggunakan perkhidmatan penterjemahan automatik yang menawarkan tahap kualiti yang terhad (“format kecemasan”). Pengguna Shvoong akan diberikan pilihan terjemahan automatik ke dalam bahasa-bahasa berikut: Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis, Bahasa Jerman, Bahasa Cina (dua dialek), Bahasa Jepun, Bahasa Belanda, Bahasa Greek, Bahasa Itali, Bahasa Sepanyol, Bahasa Portugis, Bahasa Rusia dan Bahasa Korea.

Bahasa Ibunda

Semua pengguna dari seluruh dunia boleh membaca laman ini secara automatik dalam bahasa ibunda mereka sendiri selepas komputer pusat mengenal pasti bahasa pilihan komputer pengguna itu sendiri. Pengguna akan memasukkan tajuk (atau artikel atau penulis) dalam Borang Carian dan akan menerima abstrak dalam bahasanya sendiri. Jika bahan itu hanya terdapat dalam bahasa yang lain, satu notis akan dihantar kepada pengguna. Sekiranya perlu, pengguna akan diberi pilihan untuk menterjemah bahan itu dengan segera menggunakan perkhidmatan penterjemahan automatik ke dalam salah satu bahasa yang disenaraikan dalam senarai penterjemahan bahasa automatik. Jika pengguna berpengetahuan dan bermotivasi, dia juga boleh menterjemahkan teks ke dalam bahasa ibundanya (untuk faedah pengguna sendiri dan pembaca yang lain) dan mendapat Royalti Terjemahan sebanyak 5% dari keuntungan halaman yang diterjemahkan mengikut peraturan laman ini. Jika pengguna memilih untuk tidak menggunakan perkhidmatan penterjemahan automatik atau menterjemah bahan tersebut, dia perlu menunggu untuk orang lain dalam rangkaian untuk menterjemah abstrak tersebut. Untuk mempercepatkan proses terjemahan, sesiapa yang mahu membaca bahan yang tidak diterjemahkan boleh membuat permintaan spesifik kepada laman ini seperti “Tolong terjemahkan ini untuk saya”.

Pelayan Internet

Shvoong dikendalikan dalam rangkaian yang mempunyai pelayan internet yang berkuasa yang membolehkan masa maklum balas yang segera kepada ribuan peserta dengan serentak. Abstrak-abstrak disimpan dalam pangkalan data pelayan internet yang dilengkapi dengan keupayaan pencarian yang laju digunakan untuk mencari maklumat untuk pengguna. Sebagai tambahan, sistem bergantung pada pelayan internet tertentu yang membekalkan penterjemahan automatik menggunakan perisian terjemahan oleh Systran, peneraju dunia dalam penterjemahan dalam talian. Laman ini dicipta menggunakan teknologi Dot.Net dan berdasarkan kepada pangkalan data Pelayan Internet MS SQL 2000.

Sepatah dua kata kepada Pengiklan

Laman web Shvoong menarik minat populasi dunia yang boleh membaca dan menulis dan pengiklanan di dalamnya yang berasaskan teks sahaja (tiada grafik) digunakan untuk kandungan teks pada halaman di mana ia dipaparkan. Oleh itu, satu hubungan terjalin di antara pengiklan dan pelanggan sasaran mereka. Untuk memaparkan iklan di laman Shvoong, pengiklan mesti melanggan salah satu program pengiklanan internet seperti Google atau Overture mengikut terma bayaran mereka.

Hubungi kami

Sekiranya anda menghadapi sebarang kesulitan semasa melayari laman web ini, sila ke pautan Hubungi Kami.

Pengasas

Avi Shaked. Dilahirkan di Netanya, Israel. Berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Mendapat ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dari Universiti Ben Gurion di Negev, Beersheba. Shaked memulakan kerjaya beliau dalam perniagaan pada awal 1980an sebagai wakil MCI, Inc. Pada tahun 1995, beliau mengasaskan dan menjadi pemegang saham utama www.888.com, iaitu sebuah syarikat yang sedang meraikan sedekad penuh dengan aktiviti yang berjaya dalam bidang perjudian. Pada tahun 1993, Shaked merupakan salah seorang yang memulakan Perjanjian Geneva yang memberi kesedaran mengenai konsep perjanjian tetap di antara Israel dan Palestin.

Avner Avrahami. Dilahirkan di Netanya, Israel. Berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Mendapat ijazah dari Akademi Seni dan Reka bentuk Bezalel - Jerusalem. Avrahami bekerja di Kol Israel – Penguat kuasa Penyiaran Israel, majalah mingguan Koteret Rashit (Tajuk utama) dan surat khabar harian Maariv dan Haaretz, memegang pelbagai jawatan. Antara yang lain, Avrahami juga berkhidmat sebagai penyunting bagi dua majalah hujung minggu surat khabar dan terlibat dalam penulisan, penyuntingan, perekaan dan pengilustrasian. Hari ini, Avrahami menulis untuk bahagian Hal Keluarga (bersama dengan jurugambar Reli Avrahami, iaitu isterinya) yang diterbitkan dalam majalah Haaretz Friday.

Pengarah Urusan

Eyal Rivlin. Dilahirkan di Kibbutz Tzora, Israel. Mendapat ijazah dari Jabatan Undang-undang di Kolej Akademik di Netanya. Rivlin memegang pelbagai jawatan pengurusan di beberapa syarikat internet di luar negara.

.