"Harry Potter and the Deathly Hallows" (atau Harry Potter dan Pujaan Kematian) merupakan
buku ketujuh dan
terakhir di
dalam siri novel Harry Potter oleh J. K. Rowling. Buku
ini dijadualkan akan diterbitkan di deluruh dunia di negara-negara yang
berbahasa Inggeris sejurus selepas pukul dua belas malam (00:01), Waktu
Musim Panas British pada 21 Julai 2007. Di Amerika Syarikat pula (yang
merangkumi beberapa zon masa yang berbeza), ia akan diterbitkan untuk
jualan di setiap zon masa pada 00:01 waktu tempatan, beberapa jam
selepas negara-negara berbahasa Inggeris yang lain.
Buku ini mencapai tangga tertinggi di kedua-dua senarai buku terlaris
di Amazon.com serta Barnes dan Noble dalam masa hanya beberapa jam
selepas tarikh penerbitannya diisytiharkan pada 1 Februari
2007.
melaporkan bahawa lebih banyak pesanan dibuat untuk buku ini daripada
mana-mana buku lain di dalam sejarah). Penerbit Amerika Scholastic pula
mengumumkan mereka akan mencetak 12 juta naskhah sebagai permulaan.
Buku ini dijangkakan akan mempunyai 608 muka surat di dalam edisi
British dan telah 784 muka surat di dalam edisi Amerika pula. Rowling
membuat permintaan umum kepada sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat
awal tentang buku terakhir ini untuk merahsiakannya untuk mengelak
daripada mengganggu pengalaman membaca para peminat lain yang tidak
mahu mengetahui akhir kisah ini sebelum waktunya.
Pelbagai spekulasi tentang kemungkinan kesudahan buku ini telah dilaporkan di dalam mingu-minggu sebelum penerbitan buku ini.
Latarbelakang siri ini
Siri Harry Potter
asalnya diterbitkan sebagai buku kanak-kanak oleh penerbit British
Bloomsbury dan penerbit Amerika Scholastic Press. Ia menjadi fenomena
dan mengecapi kejayaan dalam masa yang singkat di kalangan kanak-kanak
dan orang deasa. Setiap buku mengisahkan satu tahun persekolahan bagi
watak-watak terbabit dan mengikuti tradisi siri buku kanak-kanak yang
berkenaan kehidupan di sekolah. Namun berbeza dengan siri tradisional
yang mengikut format ini, setiap buku baru menjadi semakin matang
bersama kelompok pembaca sasarannya (di samping mengikut usia
watak-watak utamanya), berkembang dari segi kesukaran dan skop, dan
semakin ngeri berbanding naskhah-naskhah sebelumnya. Pada asalnya,
buku-buku ini agak nipis (223 mukasurat di dalam "Philosopher's Stone"
edisi United Kingdom dan 309 muka urat di dalam "Sorcerer's
Stone" edisi Amerika syarikat, tetapi telah bertambah sejajar dengan
perkembangan siri ini (766 mukasurat di dalam "Order of the Phoenix"
edisi United Kingdom dan 870 mukasurat di dalam "Order of the Phoenix"
edisi Amerika Syarikat).
Buku-buku ini mengandungi elemen-elemen fantasi dan kesaktian serta
menggabungkan pendekatan novel penyiasatan. Setiap naskhah melibatkan
permasalahannya yang tersendiri dan tugas yang harus diselesaikan oleh
watak-watak utamanya dan menambah maklumat latar tentang dunia sakti
angan-angan ini.
Buku ini selalnuya memberi maklumat yang kelihatan agak biasa, namun
kepentingannya hanya akan disedari di naskhah-naskhah terkemudian
(salah satu cara yang digunakan oleh Rowling untuk memberi bayangan,
dikenali sebagai pistol Chekhov).
Rowling telah merangka cerita keseluruhan siri ini dengan teliti
sebelum buku yang pertama diterbitkan dan walaupun kisah pokok asalnya
tidak berubah, beliau memaklumkan bahawa.ia telah diubahsuai beberapa
kali.
Beberapa buku di dalam siri Harry Potter ini kini telah menjadi amat
popular dengan 190 buku sampingan yang ditulis berkenaannya. Sebuah
buku yang dihasilkan laman web peminat MuggleNet mencecah posisi #2 di
senarai buku kanak-kanak kulit kertas terlaris di dalam New York Times
dengan 335,000 salinan di dalam percetakan. menyatakan bahawa beliau amat gembira dengan reaksi para peminat
terhadap siri ini: "Saya amat menyukai teori-teori yang dikemukakan
oleh para peminat. Saya terasa amat terharu dan begga kerana mereka
menganalisa buku-buku tersebut dengan teliti dan memikirkan apa yang
bakal terjadi dengan begitu teliti. Ada juga yang telah hampir kepada
penutup siri terakhir." Di dalam laman webya pada 6
Februari 2007, beliau menulis, "Walaupun saya amat menyayangi buku-buku
Harry Potter yang sebelumnya, 'Deathly Hallows' merupakan kegemaran
saya dan ia merupakan cara yang terbaik untuk mengakhiri siri ini."
Penerbitan Hiasan Kulit Buku Book edisi UK
Kulit Buku Kanak-Kanak UK
Kulit Buku Dewasa UK
Kulit buku kanak-kanak memaparkan Harry, Ron dan Hermione
yang kelihatan ketakutan sedang jatuh ke dalam harta karun telinga
perak. Seekor haiwan (mungkin "house-elf" ) memegang bahu kanan Harry
dan membawa pedang berwarna perak dengan hulu bertatah batu merah di
dalam tangannya yang lagi satu. Pedang ini menepati gambaran pedang
Godric Gryffindor's sword yang diperkenalkan di dalam buku "Harry
Potter and the
Chamber of Secrets". Tulang belakang buku ini memaparkan sebuah bulatan
di dalam sebuah segitiga dengan garisan menegak membelah keduanya.
Makna simbol ini tidak dapat dipastikan.
Bahagian hadapan di dalam buku ini memaparkan "patronus" Harry (seekor
rusa jantan)
sementara bahagian dalam belakang buku dihiasi sebuah ular dan bola
kristal. Kulit buku dewasa edisi Uk pula menunjukkan loket Salazar
Slytherin seperti yang digambarkan di dalam buku "Harry Potter and the
Half-Blood Prince". Ianya berwarna emas dengan ukiran S besar berbentuk
ular bertatah permata hujau. Bloosmbury mengeluarkan bahagian dalam dan
jaket penuh bersama setiap kulit buku.
Bahagian dalam: “Harry dibebankan dengan tugasan yang mengerikan,
merbahaya dan amat sukar iaitu mencari dan memusnahkan Horcrux
Voldemort yang masih wujud. Harry tidak pernah terasa begitu kesepian
atau menghadapi masa depan yang begitu kelam. Namun Harry mesti mencari
kekuatan untuk melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan kepadanya.
Dia mesti meninggalkan keselesaan, keselamatan dan rakan-rakan di
Burrow dan mengikuti laluan yang terbentang di hadapannya tanpa
perasaan takut atau sangsi.
Di dalam buku ketujuh dan terakhirdi dalam siri Harry Potter ini, J.K.
Rowling menjawab pelbagai persoalan yang telah sekian lama membelenggu
para peminat.Penulisannya yang menarik dan dipenuhi pelbagai liuk dan
lekuk memberikan kepastian bahawa penulis merupakan pakar dalam
penceritaan. Buku-bukunya pasti akan dibaca berulang kali.
”
Kulit belakang: “ Harry menunggu di Privet Drive. The Order of the
Phoenix sedang datang untuk cuba membawanya pergi dengan selamat tanpa
pengetahuan Voldemort dan pengikutnya. Tetapi, apakah yang akan
dilakukan oleh Harry selepas itu? Bagaimanakah dia akan melaksanakan
tugasan sukar yang telah diamanahkan kepadanya oleh Professor
Dumbledore? ”
Edisi U.S.
Kulit buku U.S
Kulit buku Deluxe U.S.
Scholastic juga menerbitkan kulit buku versi Amerika.
Hiasan kulit buku ini meliputi keseluruhan kulit buku dari hadapan ke
belakang. David
Saylor, pengarah seni di Scholastic, menerangkan rekaan kulit buku itu:
“Struktur-struktur di sekeliling Harry memperlihatkan kemusnahan dan
kita dapat melihat kelibat orang-orang lain. Pada kulit belakang pula,
tangan-tangan ngeri sedang cuba menyentuh Harry. Apabila buku ini
dibuka, kita akan dapat melihat imej Voldemort dengan ,atanya yang
merah menyala disebalik selubungnya. ” Mary GrandPré, pelukis buku-buku
edisi U.S. tidak menggunakan skema warna monokrom seperti yang
digunakannya di dalam "Order of the Phoenix" (tona-tona biru) dan
"Half-Blood Prince" (tona-tona hijau). Sebaliknya, beliau menggunakan
semula skema warna asal keempat-empat buku pertama Instead, she has
reverted back to the colour. Edisi Deluxe U.S. pula memperlihatkan
kulit buku yang berbeza dengan Harry dan rakan-rakannya sedang terbang
di atas belakang seekor naga di atas sebuah perkampungan yang terletak
di sebu
Ulasan lain tentang Harry Potter and the Deathly Hallows (Malay)