Kimia
Unsur Utama merupakan satu cabang ilmu
Kimia Tak Organik yang menghuraikan sifat-sifat kimia dan fizik
bagi unsur dan
sebatian unsur
Kumpulan IA hingga kepada Kumpulan Gas Adi. Unsur dalam kumpulan ini merupakan unsur yang paling banyak terdapat di alam ini dan lazim dikenali juga sebagai Unsur Perwakilan. Di dalam jadual berkala, unsur-unsur ini merangkumi unsur blok
s dan
p. Buku ini mengandungi 9 bab
dengan setiap bab menghuraikan sifat-sifat kimia dan fizik bagi setiap Kumpulan Unsur. Pembaca didedahkan dengan sifat-sifat unsur atau sebatian unsur secara am, cara memperoleh, tindak balas dan penggunaan unsur dan sebatian.Setengah unsur dan sebatian dalam kumpulan dihuraikan dengan terperinci mengikut kepentingannya pada masa kini. Buku ini amat sesuai digunakan oleh pelajar tahun 1 dan 2 aliran Sains dan Kejuruteraan dan bagi mereka yang mendalami Sains Bahan di peringkat Pusat Pengajian Tinggi dan Universiti.
Ulasan lain tentang Kimia Unsur Kumpulan Utama