Menggali Ilmu di Internet Menggunakan Enjin Carian
Summary ratings: 3 stars
(xx voters)
Lawatan
:
115
Perkataan:
300
Diterbitkan pada: Disember 05, 2007
Di mana letaknya gedung ilmu yang paling besar Di dunia? Jawapan sebenarnya ialah dalam dunia maya. Betul, saya tidak bergurau. Gedung ilmu atau boleh juga disebut sebagai perpustakaan yang paling besar di dunia ialah terletak di alam maya. Apa yang menarik ialah anda tidak perlu membayar yuran keahlian untuk meminjam buku atau mendapatkan segala macam ilmu yang terkandung di dalamnya sebaliknya semua boleh didapati secara percuma. Cuma yang diperlukan ialah mempunyai perkakasan yang secukupnya seperti komputer dan modem dan jga sambungan samada secara dial up atau jalur lebar. Begitulah hebatnya Internet. Segala macam ilmu boleh didapati di dalamnya. Dari ilmu yang berat seperti teknikal, undang-undang, kesusasteraan, sainfifik dan matematik sehinggalah ke subjek yang santai seperti gosip, hiburan, permaianan dan juga sembang-sembang. semuanya boleh didapati di Internet. jadi adalah menjadi satu kerugian yang besar sekiranya seseorang itu tidak memanfaatkan teknologi ini bagi mendapatkan segala macam ilmu yang terdapat di dalamnya. Ilmu yang terkandung di dalamya perlu digali dari masa ke semasa. Apa yang menarik ialah tiada sempadan dalam usaja menggali ilmu di Internet di mana ilmu tersebut diperolehi dari serata dunia. Cuma yang perlu dipertimbangkan ialah janganlah menyalahgunakan teknologi tersebut iaitu gunakanlah ia untuk tujuan yang bermanfaat bukannya perkara yang sia-sia dan mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat.
Ulasan lain tentang Menggali Ilmu di Internet Menggunakan Enjin Carian