Menceritakan tentang
pekan Kepala Batas yang terletak
di Pulau Pinang. Cerita bermula dari sejarah kewujudan Kepala Batas, kampung-kampung yang ada di
sekitar Kepala Batas, kemudahan-kemudahan, keistimewaan hinggalah cara untuk sampai ke Kepala Batas. Pada zaman dahulu, sekitar tahun 60-an, Kepala Batas
menjadi tumpuan penduduk di sekitar Bertam, Pinag Tunggal
dan kawasan sekitar untuk mendapatkan bekalan harian serta menjual hasil pertanian mereka. Kepala Batas terletak di kawasan yang dikelilingi
sawah padi. Oleh yang demikian, majoriti penduduknya adalah masyarakat melayu yang bekerja sebagai pesawah padi. Kini, kerja-kerja di sawah telah digantikan oleh jentera dan Kepala Batas sudah mula dibangunkan. Pekan Kepala Batas menjadi lebih terkenal setelah Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, yang merupakan anak kelahiran Kepala Batas telah muncul menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kelima. Justeru, Kepala Batas kini sedang giat membangunkan menjadi sebuah bandar moden yang terancang. Kepala Batas kini dilengkapi dengan kemudahan yang lengkap seperti hospital, sekolah, pusat matrikulasi, institut penyelidikan pertanian, Dewan Millenium, dan banyak lagi. Antara keistemewaan Kepala Batas ialah pasar malamnya yang menjual pelbagai masakan utara, serta mee rebus udang yang dijual di sekitar Pekan Kepala Batas.
Ulasan lain tentang Kepala Batas pekan sawah padi