• Daftar Diri
  • ‎Apakah Shvoong?‎
  • Daftar Masuk
    Daftar Masuk
    Ingat nama pengguna saya Terlupa kata laluan anda?

Ringkaskan Pengetahuan Manusia di Shvoong.

.

Rerumah Shvoong>Buku>Bangun berqiyamullail

.

Bangun berqiyamullail

oleh : Buwau    

Pengarang : FIS1
Faktor yang memudahkan seseorang itu boleh bangun untuk berqiyamullailMenurut
Syeikh Muhammad Solih al-Munajjid, terdapat
beberapa faktor penting
yang dilihat boleh membantu umat Islam untuk bangun bagi melakukan
solat di tengah malam seperti di bawah ini:1. Ikhlas kepada
Allah dalam setiap tindakan yang dilakukan bagi meraih keredaan-Nya,
iaitu melakukan solat malam dengan merahsiakannya daripada pengetahuan
orang ramai, ia bertujuan supaya tidak ada rasa riak dalam diri.2.
Hendaklah bagi orang yang melakukan solat malam itu mempunyai perasaan
dalaman, bahawa Allah SWT menjemputnya untuk bangun di tengah malam.3. Mengetahui sedalam-dalamnya ilmu mengenai kelebihan bangun di tengah malam berdasarkan pengajian dan perbincangan.4.
Memerhati kepada kesungguhan individu-individu terdahulu daripada kita
yang istiqamah dan iltizam melakukan qiyamullail khususnya para solihin
di kalngan para sahabat dan ulama.5. Tidur di atas lambung
sebelah kanan akan memudahkan seseorang itu boleh bangun di tengah
malam seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.6.
Tidur dalam keadaan berwuduk seperti ditegaskan oleh Rasulullah;
"Apabila anda hendak masuk tidur, berwuduklah seperti untuk menunaikan
solat." Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim daripada al-Barra Bin
Azib.7. Bersegera masuk tidur (tidur di awal waktu) terutama lepas solat Isyak seperti amalan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.8.
Berzikir dengan wirid-wirid yang Ma''thur seperti Ma''thurat sebelum
tidur, kerana ia menjadi benteng diri daripada kejahatan Syaitan dan
membantu untuk mudah bangun, atau ayat-ayat pilihan dari al-Quran, baca
doa tidur, membaca tiga Qul dan sebagainya.9. Seboleh-bolehnya
tidur sebentar di siang hari yang dikenali sebagai ''Qailulah'', iaitu
sebelum masuk waktu Zohor atau selepasnya, ala kadar setengah jam.10. Elak daripada banyak makan dan minum, kerana ia boleh membantutkan hasrat untuk bangun di tengah malam.11. Bertekad sedaya upaya untuk bangun malam dalam apa jua keadaan.12.
Menjauhkan dosa dan maksiat, kerana ia dikenal-pasti sebagai penghalang
pertama dan utama dari mudah untuk bangun di tengah malam.13. Membuat perhitungan diri ( muhasabah) jika tidak mampu untuk bangun di tengah malam.Ketahuilah wahai saudara-saudaraku sekelian!Qiyamullail
adalah ibadat yang menghubungkan hati kita dengan Allah selain ia
adalah sunnah muakkadah yang sangat dianjurkan oleh Nabi s.a.w. Baginda
bersabda : "Hendaklah kamu lakukan
solat di tengah malam, sesungguhnya ia merupakan kebiasaan kepada
orang-orang soleh sebelum kamu, ia boleh mendekatkan kamu kepada Tuhan
kamu, ia juga penghapus segala dosa, penghalang daripada terjebak
kepada maksiat dan dosa dan penawar kepada penyakit yang ada di tubuh." Hadis riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi. - mks.
Diterbitkan pada: Januari 12, 2008
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5

Bookmark & share this post

.