• Daftar Diri
  • ‎Apakah Shvoong?‎
  • Daftar Masuk
    Daftar Masuk
    Ingat nama pengguna saya Terlupa kata laluan anda?

Ringkaskan Pengetahuan Manusia di Shvoong.

.

Rerumah Shvoong>Buku>Berat sembahyang

.

Berat sembahyang

oleh : Buwau    

Pengarang : FIS1
Sesungguhnya sembahyang itu sangat besar dan berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.Sembahyang
5 waktu secara
lahirnya tidak berat kerana bacaan tidaklah panjang,
tidak perlu masa yang lama sekitar 15 - 20 minit, boleh dilakukan di
mana-mana. Ia juga tidak memerlukan perbelanjaan wang yang banyak,
tidak menyusahkan dan tidak memenatkan. Tetapi mengapa Allah menyebut besar dan berat melainkan pada orang-orang yang khusyuk? Khusyuk yang dimaksudkan ialah orang mukmin yang jiwa tauhidnya mendalam, rasa kehambaan melekat kuat dan dibawa ke mana-mana. Rasa
cinta dan takutnya dengan Tuhan menguasai jiwa mereka. Mereka mudah
kerjakan solat dalam kehidupan, bahkan rindu serta seronok
mengerjakannya kerana mereka dapat bercakap-cakap, melepaskan perasaan
rindu dan meminta ampun. Sembahyang sentiasa ditunggu waktunya hingga
tidak sabar menunggunya dan terasa terlalu pendek. Oleh itu mereka
banyakkan sembahyang sunat.Berat ada 3 peringkat1. Berat sebelum melakukan sembahyang Bagi
orang Islam yang hatinya tidak khusyuk ertinya ia tidak berjiwa tauhid
atau hubungan hati dengan Tuhan telah terputus. Oleh itu mereka merasa
berat dan beban dengan sembahyang. Orang begini tidak akan menunggu
waktu sembahyang. Apabila khusyuk dengan Tuhan tiada, sudah tentu ada
perkara lain yang kita agung-agungkan yang menjadi otak dan jiwa kita
mungkin banyak atau mungkin sedikit seperti cintakan glamour, anak
isteri, kemasyhuran atau kesusahan ataupun semuanya. Orang yang begini
tentu berat dan susah dengan sembahyang sebab gangguan kehidupan. Oleh
sebab itu tidak larat untuk bersembahyang dan kalau dilakukan hanya fizikal nya sahaja sembahyang, fikiran dan hati tidak sembahyang. Contoh - contoh berat sebelum sembahyang:1.1               Bila rasa bertuhan tiada, tentu sayang tinggalkan kerja. Ketika mengerjakannya rasa terpaksa dan terseksa.1.2              
Bila sedang bersukaria dengan anak isteri tentu berat untuk sembahyang.
Sembahyang pula dilakukan lewat dan tidak dari hati.1.3              
Apabila sedang mesyuarat, sembahyang dipandang berat, maka sembahyang
dipandang kecil dan kerana bimbang dengan mesyuarat. Lalu tertinggal
atau qada'' maka tidak khusyuklah solat.1.4              
Apabila sedang berkelah/berseronok dengan kawan-kawan sudah tentu
sembahyang tidak diambil kira dan dipandang ringan.1.5              
Apabila kenduri kendara kita jiwai supaya tiada cacat celanya maka
sembahyang dilupai atau dilakukan dengan rasa terpaksa.1.6              
Waktu musafir badan terasa letih, asyik dengan pemandangan dan seronok
hingga terpesona maka berat untuk melakukan sembahyang.1.7              
Apabila jiwa bertuhan tiada dan jiwa lemah, sembahyang tetap berat dan
nak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi untuk melaksanakan ikrar di dalam
sembahyang. Oleh itu orang yang hanya berfikiran tauhid bukan
berjiwa tauhid tetap berat untuk sembahyang. Apa yang diingati oleh
orang yang tak khusyuk di dalam sembahyang ialah perkara yang
dijiwainya selain dari Allah dan ia besarkan maka itulah yang ringan
dan mudah dilakukan. Ingatan inilah yang menggantikan ingatan pada
Allah. Kawan-kawan, anak isteri, mengira-ngira duit,setiap kesusahan,
dendam kesumat dan setiap apa yang dijiwai sama ada seronok atau susah
itulah yang datang dalam sembahyang.    2. Berat semasa sembahyang Bila
rasa bertuhan tiada, sembahyang rasa terpaksa. Oleh itu sembahyang
dilakukan dengan cepat-cepat. Maka mengerjakan sembahyang terasa penat.
Ber, jemu, tak sabar, lambat, tidak bertenang-tenang lebih-lebih tak
sabar untuk hayati/faham setiap lafaz yang dibacanya. Akhirnya dibaca
tanpa roh.Jika tarikan dunia lebih daripada itu maka masuklah
perkara-perkara lain. Dan sembahyang dirasakan penat, jemu dan akhirnya
boleh sampai tinggal sembahyang   3. Berat menunaikan tuntutan sembahyang Dia
seronok dengan sembahyang tetapi tak faham tuntutan sembahyang. Sewaktu
sembahyang berbagai ikrar dibuat. Contohnya meminta jalan yang lurus
iaitu jalan rasul-rasul dan ingin hidup ikut jalan Allah dalam seluruh
aspek hidup. Ikrar dan janji yang sama diulang lima kali sehari. Bagi
orang yang khusyuk terasa amat takut dan bimbang. Oleh itu bila selepas
sembahyang mereka sungguh-sungguh ikut ajaran Islam. Maka bimbang takut
tak dapat laksanakan. Bezanya dengan orang yang berjiwa tauhid ialah
mereka selalu lupa dan bohong dengan Tuhan. Janji tidak ditunaikan
dengan Tuhan bahkan lupa dan tidak sungguh-sungguh. Orang yang khusyuk
hatinya sentiasa takut seolah-olah belum menunaikan janjinya. Mereka
yang tidak khusyuk tak sungguh-sungguh tunaikan janji kerana tarikan
kepada Tuhan telah lemah. Oleh itu kehendak Allah walaupun telah
berjanji tetapi amat berat untuk dikerjakan. Oleh itu berjanji untuk
hidup ikut syariat tetapi yang diikut ialah teori-teori akal.
Sembahyang tidak dikaitkan dengan ekonomi, politik dan sosial. Membangunkan sembahyang ertinya membangunkan tamadun. Contohnya
di dalam sembahyang memerlukan kain. Perusahaan untuk membuat kain
adalah fardhu kifayah bagi umat Islam, dari sini akan lahir teknologi
pertanian, kejenteraan, pengangkutan, import ekspot dan lain-lain lagi.
Sebab itu kita lihat banyak tamadun Islam yang dibangunkan oleh
orang-orang dulu.
Diterbitkan pada: Januari 12, 2008
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5

Bookmark & share this post

.