• Daftar Diri
  • ‎Apakah Shvoong?‎
  • Daftar Masuk
    Daftar Masuk
    Ingat nama pengguna saya Terlupa kata laluan anda?

Ringkaskan Pengetahuan Manusia di Shvoong.

.

Rerumah Shvoong>Buku>Harry Potter and the deathly hallows (Malaysian)

.

Harry Potter and the deathly hallows (Malaysian)

oleh : Kimimaro    

Pengarang : J. K. Rowling
Abstrak ini telah diterjemahkan daripada Harry Potter and the deathly hallows
Buku ini bermula dengan aksi Lord Voldemort dan pengikutnya membuat perancangan untuk menyerang hendap Harry Potter apabila
dia meninggalkan rumah terlindung Dursley, bersama Order of the Phoenix untuk kali terakhir. Voldemort juga mencari tongkat sakti yang baru untuk mengalahkan tongkat sakti milik Harry. Tatkala ahli-ahli Order mengiringi Harry untuk menuju ke rumah yang selamat, mereka diserang oleh Death Eaters. Harry hampir dapat menyelamatkan diri, tetapi George Weasley kehilangan sebelah telinganya. Manakala Hedwig dan Mad-Eye Moody terbunuh. Di Burrow, Minister for Magic, Rufus Scrimgeour tiba untuk memberikan Harry, Ron Weasley dan Hermione Granger wasiat daripada Albus Dumbledore. Ron menerima sebuah Deluminator, Hermione menerima buku kanak-kanak, Tales of Beedle the Bard. Manakala Harry mewarisi pedang Godric Gryffindor dan juga "Snitch" (Snitch yang Harry tangkap ketika pertama kali menyertai perlawanan Quidditch), Walaubagaimanapun, Scrimgeour tidak mahu memberikan pedang tersebut kepada Harry. Mereka bertiga, keliru dan bingung, membuat tanggapan bahawa barang-barang pemberian Dumbledore akan membantu mereka dalam misi mencari Horcrux. Kisah di dalam buku kali ini tamat sembilan belas tahun kemudian, Harry dan Ginny Weasley berkahwin dan mendapat tiga orang anak, James, Albus Severus dan Lily. Ron pula mengahwini Hermione dan mendapat dua orang anak, Rose dan Hugo. Keluarga-keluarga ini berjumpa di stesen King's Cross, di mana Albus berada di dalam keadaan gemuruh untuk berangkat ke Hogwarts untuk menjalani tahun pertama pengajiannya. Anak pembaptisan Harry, berusia 19 tahun, Teddy Lupin (Anak yatim piatu Remus dan Tonks) dilihat bercumbuan bersama Victoire Weasley (Anak perempuan Bill dan Fleur) di dalam keretapi. Teddy selalu menziarah keluarga Potter dan datang untuk makan malam bersama beberapa kali dalam seminggu. Harry ternampak Draco Malfroy bersama isterinya (Nama tidak diketahui) dan anaknya, Scorpius. Malfroy bertindak balas dengan mengangguk ke arah Harry, dan terus berlalu. Neville Longbottom kini adalah seorang professor Herbology di Hogwarts dan masih mengekalkan hubungan baik bersama Harry. Harry menenangkan anaknya, Albus yang bimbang kiranya dimasukkan ke dalam Slytherin. Harry memberitahu anaknya, satu daripada dua orang yang menyamai dirinya, Severus Snape, merupakan ahli Slytherin dan juga merupakan orang yang paling berani pernah dijumpainya. Harry juga mengatakan bahawa Sorting Hat akan mengambil kira pilihan seseorang itu sendiri. Buku ini juga mengandungi "The scar had not pained Harry for nineteen years. All was well". (Parut itu tidak mengapa-apakan Harry sepanjang tempoh 19 tahun tersebut. Semuanya berjalan lancar).
Diterbitkan pada: Januari 20, 2008
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5

Bookmark & share this post

.