Rerumah Shvoong > Buku > Islam Agama Yang Telah Disalahfaham

.

Islam Agama Yang Telah Disalahfaham

Pengarang : Dr Zainal Abidin
Review by : khazanahnasional
Lawatan : 38  Perkataan: 300   Diterbitkan pada: Januari 21, 2008
Abstrak ini telah diterjemahkan daripada Islam the Misunderstood Religion
Buku ini ditulis untuk memenuhi kehendak pembaca yang ingin tahu tentang Islam di samping bertujuan menyampaikan kebenaran Islam.Banyak soalan yang dikemukakan oleh non-muslim adalah berbau provokatif contohnya, mengapa wanita Muslim perlu melitupi dirinya? Adakah Nabi Muhammad kaki perempuan atau adakah taraf wanita di dalam Islam adalah rendah?Bagaimanapun, sebahagian orang ramai mengutuk Islam selepas tragei 11 September 2001. Mengapa hal ini berlaku? Jawapannya, kerana orang-ramai mahukan penjelasan tentang Islam yang selama ini telah disalahfaham oleh mereka.Di kebanyakan negara, pelaku keganasan yang sebenarnya harus dikutuk dan bukan Islam itu sendiri. Penulis Buku ini percaya bahawa perbezaan pendapat tidak dielakkan tetapi soalnya sekarang ialah bagaimana kita menghadapi keadaan ini.Bagaimanakah kita mengendalikan masalah perbezaan pendapat di kalangan kita? Sentiasalah berfikiran positif, mencari maklumat yang benar, bertanya dengan adab yang baik dan menghormati antara satu sama lain.Di dalam usaha untuk memahami pelbagai pihak, penulis buku ini turut sama membaca Bible dan buku-buku berkaitan Hindu dan Buddha. Beliau telah mendapati di sana terdapat ramai di kalangan non-muslim yang sebenarnya amat berminat untuk mengetahui tentang IslamApakah yang dimaksudkan Islam? Islam adalah agama yang memandu manusia ke jalan kejayaan. Bagaimanakah kita mencapai kejayaan menerusi Islam? Iaitulah dengan keyakinan terhadap kewujudan ALLAH. Apakah maksud keyakinan terhadap kewujudan ALLAH? Apabila manusia memahami hakikat kehidupan ini, membuat pertimbangan yang betul di dalam tindakannya, menampilkan akhlak yang baik dan akhirnya berjaya di dalam urusan kehidupannya.Buku ini membawa jawapan kepada pelbagai persoalan dan membantu pembaca mendapat pandangan yang lebih jelas tentang Islam

Ulasan lain tentang Islam Agama Yang Telah Disalahfaham
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5


Read Free Summaries - Write and Get Paid

Summarize Human Knowledge on Shvoong. Join us!

------