J.K. Rowling ialah
seorang penulis yang berbakat. Namun, pernyataan ini hanyalah benar sekiranya
seseorang itu mempunyai
minda yang terbuka dan meminati perkara yang berkaitan dengan misteri. Sekiranya kita hendak menggunakan logik dan pemahaman secara saintifik, seharusnya kita membaca jurnal sains. J.K. Rowling ialah
seorang penulis yang dapat menggambarkan sesuatu adegan atau seorang watak dengan jelas dalam fikiran
seseorang. Beliau seolah-olah dapat membawa para pembaca ke suatu dunia yang lain dan menyebabkan mereka tergamam. Seseorang dapat meninggalkan segala kerisauan dan tekanan dengan menyelami dunia magik Harry Potter. Kita hanya dapat berharap agar beliau dapat menghasilkan karya sebegitu pada masa hadapan.