Pada hari sabtu yang lalu, saya telah menyertai satu lawatan perkhemahan yang dianjurkan oleh Persatuan Pengakap sekolah saya. Sebelum pergi, saya meminta kebenaran daripada ibu bapa saya.
Pada hari pertama, kami berkhemah di dalam hutan. Kami telah mendirikan khemah dengan bantuan Cikgu Nurul. Pada sebelah malam pula, kami mendirikan unggun api dan menyanyi beramai-ramai.
Keesokan pagi, saya dan beberapa orang kawan diminta oleh Cikgu Nurul untuk pergi mencari kayu api di dalam hutan. Dalam sepanjang perjalanan, kami asyik berjenaka dan ketawa dengan riang sehingga terlupa kami telah masuk jauh ke dalam hutan.
Apabila kami tersedar bahawa kami telah berjalan jauh ke dalam hutan, kami bercadang untuk berpatah balik tetapi kami tidak menemui jalan keluar. Kami berasa cemas dan kelam-kabut. Saya dan kawan-kawan saya tidak tahu apa yang harus dilakukan kerana pada masa itu kami semua tidak membawa kompas.
Empat jam kemudian, kami berasa amat letih dan dahaga setelah puas mencari jalan keluar. kami mulai berasa kesal dan ketakutan. Tiba-tiba, kami terdengar suara melaung nama kami. Kami bergegas ke arah suara tersebut.
Kami amat bersyukur kepada Tuhan kerana kami telah berjaya diselamatkan. Saya dan kawan-kawan berjanji tidak akan leka lagi ketika membuat sesuatu tugas