Rerumah Shvoong > Buku > FAEDAH BERJIMAT CERMAT

.

FAEDAH BERJIMAT CERMAT

Summary rating: 2 stars 24 Ulasan
Pengarang : kamaiyo
Review by : kamaiyo
Lawatan : 227  Perkataan: 300   Diterbitkan pada: Mac 03, 2008
        Berjimat-cermat mendatangkan banyak faedah kepada kita. kita boleh berjimat-cermat apabila menggunakan wang, air, masa, bekalan elektrik dan lain-lain lagi.
        kita mestilah berjimat-cermat ketika membelanjakan wang. Kita boleh mengumpulkan wang dalam tabung. Bak kata "sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit." Setelah wang tabung penuh, ia boleh disimpan di dalam bank untuk kegunaan di masa depan.
        kita juga perlu menjimatkan penggunaan air. Air sangat penting untuk kita menjalankan aktiviti harian seperti mandi, masak, dan lain-lain lagi. Jika tiada air, kehidupan kita akan menjadi susah. 
        Selain itu, kita perlu menjimatkan masa. Masa amat penting kerana masa yang telah berlalu tidak dapat dikejar balik dan beli. Oleh itu, kita haruslah menghargai masa. 
        Kita juga mestilah menjimatkan bekalan elektrik. Kewujudan elektrik telah  memudahkan kerja seharian kita dan membolehkan hidup kita bertambah selesa. Jika kita tidak menjimatkan penggunaan bekalan elektrik, maka bayaran bil elektrik kita akan meningkat. Lantaran itu, akan menambahkan lagi beban ibu bapa kita.
        Oleh yang demikian, kita haruslah mengamalkan sikap berjimat-cermat dan jauhilah sikap yang terlalu boros.   

Ulasan lain tentang FAEDAH BERJIMAT CERMAT
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5


Ringkasan lain oleh kamaiyo

More

Read Free Summaries - Write and Get Paid

Summarize Human Knowledge on Shvoong. Join us!

------