Rerumah Shvoong > Buku > Menggali Ilmu di Internet

.

Menggali Ilmu di Internet

Abstrak oleh : kebby
Lawatan: 10
Perkataan: 300
Diterbitkan pada: April 18, 2008
Rasanya tidak lengkap apabila membicarakan tentang Internet tanpa menyebut enjin carian. Ini adalah kerana enjin carian merupakan aplikasi ataupun teknologi yang sangat penting dan popular digunakan apabila seseorang itu melayari Internet. Enjin carian lazimnya digunakan untuk mendapatkan maklumat-maklumat, sambungan ke laman web yang lain dan juga portal-portal yang khusus tentang sesuatu topik yang dicari. Ringkasnya enjin carian bolehlah disifatkan sebagai medium untuk menggali segala macam maklumat dan ilmu di Internet. Buku ini ditulis untuk tujuan tersebut. Google yang merupakan enjin carian yang paling popular di kala ini menjadi perantara dalam buku ini. Umum mengetahui bahawa Google mempunyai keupayaan untuk membuat carian dengan kadar yang sangat pantas di samping mampu memberikan keputusan carian yang sangat banyak untuk sesuatu pertanyaan. Walau bagaimana pun pengguna lazimnya menggunakan satu perkhidmatan sahaja untuk membuat carian iaitu perkhidmatan web (sering kali kita mendengar apabila orang menyebut Google maka mereka sebenarnya merujuk kepada perkhidmatan ini) sedangkan Google menyediakan pelbagai perkhidmatan yang memudahkan pengguna membuat carian secara eksklusif terhadap sesuatu maklumat yang dikehendaki. Dalam buku ini, selain daripada mengetahui perkhidmatan web dengan lebih mendalam, beberapa perkhidmatan dan kemudahan lain akan turut diterangkan
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5


Read Free Summaries - Write and Get Paid

Summarize Human Knowledge on Shvoong. Join us!

------

Recent Shvoongers

  • aduka
  • Kimimaro
  • Pitung78
  • notarazi
  • Haqiem
  • ChangWai
  • kyra_in
  • nasriano
  • rld81nvn
  • EasyMidnight
  • fizsolution
  • b00TunK
  • beloved
  • ijass
  • Jaymez
  • kwenzc

.