“Alangkah bahagianya kalau aku dapat hidup bebas seperti sekarang.Tiada masalah cinta…yang ada hanyalah dendam terhadap
insan yang bernama lelaki.”Naz mengelamun sendirian.
Semenjak Naz melanjutkan pelajaran di sebuah institusi pengajian tinggi swasta ini,Naz masih menyimpan dendam terhadap teman lelakinya,Arul.Jarak umur yang cuma tiga tahun itu,mulanya membuatkan Naz hormat terhadap Azrul,tetapi setelah lima tahun mereka menjalinkan percintaan,Naz mula menyedari yang Azrul cuma menginginkan tubuhnya.
Naz seorang yang periang dan mudah didekati oleh sesiapa sahaja.Itu juga membuatkan seorang alim yang bergelar imam,menaruh hati padanya secara diam.Ustaz Rasyied yang beranak tiga.
Naz mengambil jurusan penulisan khat dan seni dalam islam.Pada mulanya,Naz tidak mengesyaki apa-apa terhadap Ustaz Rasyied. Sehinggalah pada suatu hari,Ustaz tersebut meminta nombor handphonnya.Naz memberi tanpa rasa ragu-ragu.Alasan Ustaz tersebut,supaya dia senang menghubungi Naz yang selaku ketua kelas dan ketua pelajar perempuan di kolej tersebut,sekiranya dia tidak dapat hadir pada masa kuliahnya nanti.
Bermulalah episode yang membawa kenangan paling hitam bagi dirinya.Ustaz tersebut yang mulanya memakai jubah dan berserban itu,telah bertukar imej dengan memakai kemeja,berseluar dan bersongkok hitam tiap kali ke kuliah.Ini membuatkan ada sesetengah pelajar menyedari perubahan terhadap Ustaz tersebut.
“Kelas…,saya ingin memperkenalkan pelajar baru kita,Mohd Azrul Naim.”
Terkedu lidah Naz untuk berkata-kata.Pandangannya kabur untuk seketika.Azrul,jejaka yang pernah melukakan hatinya itu,sedang berdiri dihadapannya.
“Assalamualaikum semua.Saya Azrul.Diharap,rakan-rakan semua,sedia memberi tunjuk ajar pada saya.”Ungkapan tersebut membuatkan Naz berasa mual.
Azrul benar-benar mahu berubah.Selama ini ,Naz adalah insane yang bertanggungjawap diatas semua perubahan yang telah dilakukannya.Daripada seorang yang tidak mengenal masjid,sejadah,dan Al-Quran sehinggalah Azrul menjadi seorang yang patuh pada ajaran agama.
Keperitan pengalamam yang Naz lalui itu,tidak dapat mengubah apa-apa.Saat Azrul mengaku,pernah meniduri wanita lain ketika mereka baru membenihkan cinta mereka setahun.Azrul pandai menyimpan rahsianya itu.Dia takut yang Naz akan mengetahuinya kelak.
Setelah lima tahun menyulam cinta,Naz bermimpi.Mimpi yang membawa kehancuran didalam perhubungan mereka.Azrul didalam pelukan wanita lain,bukan dirinya.
Persoalan tentang mimpinya itu terungkai ketika Azrul sendiri membuat kenyataan secara terbuka padanya pada tanggal10.10.2002,bahawa dia pernah meniduri wanita lain ketika mereka baru menjalinkan cinta.
Pengakuan itu amat memeritkan kalbunya.Naz bertekad,dia tidak akan berkahwin dengan lelaki yang bukan teruna.Ini kerana,dia masih memelihara statusnya sebagai anak dara sebaik mungkin.