• Daftar Diri
  • ‎Apakah Shvoong?‎
  • Daftar Masuk
    Daftar Masuk
    Ingat nama pengguna saya Terlupa kata laluan anda?

Ringkaskan Pengetahuan Manusia di Shvoong.

.

Rerumah Shvoong>Buku>"All Things Work for Good"

.

"All Things Work for Good"

oleh : cgyne     

Pengarang : Gavin Sinclair
Apakah yang anda lakukan apabila anda diberitahu bahawa anda menghidap kanser, dan bagaimana pula jika itu adalah saudara
atau kawan anda? Suatu diagnosis kanser boleh membawa kepada banyak persoalan spiritual, mental dan fizikal. Dalam buku "All Things Work for Good" ini, Gavin Sinclair memberitahu tentang perjuangannya menghadapi kanser. Gambar X-Ray yang diambil ketika Gavin berumur 24 tahun menunjukkan satu tumor di bahagian dada Gavin yang bersaiz bola sepak. Gavin mempunya 4 bulan untuk hidup. Isterinya pula sedang mengandung anak mereka yang pertama. Gavin menjalani kemoterapi, radiasi dan pembedahan untuk menyembuhkan kanser tersebut. Rawatan-rawatan ini membawa kepada masalah sekunder termasuklah kegagalan hati, ''spinal surgery'' dan strok. Dalam bahagian pertama buku ini, Gavin menceritakan kisahnya dan bahagian dua, menceritakan pengalaman bagaimana ia mempengaruhi ahli keluarga dan kawan-kawan. Dalam bahagian tiga, Gavin menggariskan 14 pelajaran yang boleh membantu orang lain. Ini bukan lah sekadar buku teknikal dalam mengendalikan suatu penyakit yang serius. Gavin menulis buku ini dengan tulus, kelakar, dan dengan kejelasan mengenai suatu pengalaman yang sangat pahit. Seperti dia dan yang lain-lain menceritakan kisah-kisah mereka, anda akan disentuh, diperkaya dan digalakkan melalui keterbukaan dan syor-syor mereka yang sangat praktikal.
Diterbitkan pada: Julai 24, 2008
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5

Bookmark & share this post

.