• Daftar Diri
  • ‎Apakah Shvoong?‎
  • Daftar Masuk
    Daftar Masuk
    Ingat nama pengguna saya Terlupa kata laluan anda?

Ringkaskan Pengetahuan Manusia di Shvoong.

.

Rerumah Shvoong>Buku>Budak Sihir Dalam kumpulan Phoenix

.

Budak Sihir Dalam kumpulan Phoenix

oleh : syahevolution     

Pengarang : J.K.Rowling
Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix                                                                        
                                                                                 Kisah bermula dengan Harry di rumah keluarga Dursley ketika cuti musim panas. Harry kini tidak tenang memandangkan Voldemort telah muncul kembali tetapi tiada sebarang beritapun mengenainya mahupun apa-apa perlakuan jahat Death Eater. Hal tersebut membuatkan Harry sanggup dimarah ibu bapa saudaranya keran mencuri dengar berita Muggle yang menimbulkan syak wasangka mereka. Bunyi letusan membuatkan Harry tertangkap sekali lagi dan dia melarikan diri lalu menemui Dudley Dursley. Harry meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan mencabar dan mengejek Dudley tanpa disedari dua Dementor muncul dan menyerang mereka. Harry terpaksa menyelamatkan keadaan dan jiwa Dudley lalu melakukan Patronus yang kemudian dilihat oleh Puan Figg.
Puan Figg membantu Harry membawa Dudley pulang. Di rumah, Dudley menuduh Harry melakukan sihir ke atasnya yang membuatkan Harry terpaksa berterus terang ketika rumah tersebut di serang oleh beberapa ekor burung hantu membawa surat untuk Harry daripada bapa angkatnya, Sirius, Arthur Weasley dan surat amaran daripada Kementerian Sihir. Keluarga Dursley hampir menghalaunya keluar hinggalah Petunia memperolah sepucuk Howler yang mengingatkan Petunia akan sesuatu.
Pada suatu malam, keluarga Dursley keluar dari rumah dan meninggalkan Harry keseorangan. Dalam kesunyian malam, Harry menerima kunjungan daripada beberapa orang ahli sihir yang sebahagian daripada mereka dikenali Harry seperti Profesor Lupin dan 'Profesor' Moody. Turut berkenalan dengannya ahli sihir yang baru dijumpanya seperti Nymphadora Tonks dan Kingsley Shacklebolt. Mereka akan membantu Harry keluar dari rumah tersebut ke tempat lain yang masih tidak diketahui Harry lagi. Mereka menyuruh Harry menaiki penyapu bersama mereka dengan kawalan yang ketat memandangkan Harry tidak boleh melakukan Penjelmaan. Harry dibawa ke sebuah rumah yang terletak di London. Harry tiba di sebuah tempat yang diberitahu sebagai markas Kumpulan Phoenix. Dia terkejut kerana menemui Hermione dan Ron serta burungnya, Hedwig, di sana. Harry melepaskan geram yang dipendam kepada Hermione dan Ron kerana terpaksa berkurung dan berhadapan dengan banyak masalah di rumah keluarga Dursley sedangkan Hermione dan Ron bersama-sama dengan ahli keluarga Weasley lain berada di situ (dan mungkin mengetahui banyak perkara yang Harry sendiri tidak tahu). Ketika itu juga Harry mengetahui banyak perkara yang berlaku dalam masyarakat sihir yang selama ini beliau tak pernah terfikir untuk ambil tahu iaitu dia dan Profesor Dumbledore telah dibenci oleh kebanyakan ahli sihir akibat propaganda yang dibuuat oleh Kementerian Sihir. Kemunculan Fred, George dan Ginny mengurangkan ketegangan keadaan dan mereka berbincang tentang rahsia yang mungkin dijalankan oleh Kumpulan Phoenix itu sendiri.
Setelah selesai mesyuarat Kumpulan Phoenix, Harry mendapati ramai ahli sihir yang menyertai dan kebanyakannya dikenali Harry seperti ibu bapa Ron dan Sirius sendiri. Harry mengetahui yang rumah tersebut adalah rumah pusaka keluarga Black yang mengikut warisan, kini dimiliki oleh Sirius. Sirius sendiri yang sudi menyerahkan rumahnya untuk dijadikan markas Kumpulan Phoenix memandangkan dia tidak mahu berasa sunyi dan keseorangan. Di dalam rumah tersebut, turut ada elf rumah milik orang tua Sirius bernama Kreacher.
Setelah berjumpa dengan semua yang ada di rumah itu, Harry mendesak semua orang untuk memberitahu keadaan sebenar setelah Sirius kagum yang Harry tidak bertanya kepada mereka tentang Voldemort. Molly tidak senang akan hal tersebut lalu menimbulkan pertengkaran antara Molly dan Sirius. Remus menenangkan keadaan dan bersetuju untuk menerangkan kepada Harry perkara yang patut sahaja. Hal yang diceritakan di meja makan masih dibualkan oleh Harry, Ron, Fred dan George sebelum mereka masuk tidur. Keesokan harinya, mereka yang tinggal di rumah itu (keluarga Weasley, Harry, Hermione dan Sirius) bersama-sama mengemas rumah tersebut agar lebih selamat dan sesuai untuk didiami manusia. Ketika mengemas, Sirius menunjukkan Harry salasilah keluarga Black yang tertera di atas sehelai kain dewangga.
Malam tersebut, keseronokan Harry pudar akibat perbicaraan yang telah ditetapkan untuknya bagi kes melakukan sihir Patronus tempoh hari. Harry tidak berasa sedap hati tentang hal tersebut dan berharap yang semuanya akan selamat dengan cepat.
Pagi tersebut, Harry bangun awal dan diiringi Arthur Weasley ke Kementerian Sihir sebelum ke perbicaraan tersebut. Harry bersama-sama Arthur menaiki kereta api bawah tanah London dan menggunakan pondok telefon sebelum memasuki ke premis kementerian tersebut. Di kementerian, Harry mengikut Arthur ke pejabatnya dahulu tetapi kemudian diberitahu yang perbicaraan telah diawalkan.
Pada sidang tersebut, Harry ditempatkan pada sebuah kursi yang berantai, yang dahuulu pernah dilihatnya rantai-rantai tersebut mengikat tangan Barty Crouch Jr. sewaktu berada di dalam pensieve Dumbledore. Setelah beberapa lama perbicaraan dimulakan dan ternyata yang mendampinginya dalam sidang itu adalah Dumbledore sendiri, namun ia akhirnya kecewa kerana Dumbledore tidak sedikitpun melihat wajahnya bahkan langsung tidak berbicara padanya. Dalam sidang itu, dihadirkan saksi iaitu Arabella Figg yang merupakan seorang Squib yang memberi kesaksian bahawa dia juga melihat Dementor dan Harry yang mengusir Dementor dengan menggunakan mantera Patronus untuk menyelamatkan nyawanya dan nyawa Dudley Dursley.
Selanjutnya, Harry masih berasa kecewa kerana Dumbledore tetap tidak mahu menatapnya dan bercakap dengan setelah tamat perbicaraan walaupun sekedar mengucapkan selamat padanya. Akhirnya, Harry pun keluar dari bilik perbicaraan.
Di luar, Arthur Weasley menunggunya dan setelah mengetahui bahawa Harry bebas dari segala tuduhan, dia turut gembira. Dalam kegembiraannya itu, dia melihat Lucius Malfoy bersama dengan Cornelius Fudge yang ternyata mereka memiliki janji untuk membicarakan sesuatu yang Harry tidak ketahui. Setibanya di Grimmauld Place, Puan Weasley, Ron, Hermione, Fred, George, dan Ginny menyambutnya dengan gembira setelah mengetahui bahawa Harry bebas.
Diterbitkan pada: Disember 02, 2008
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5

Bookmark & share this post

.