Emas ubat busuk mulut.
17 feb. 09 – dalam asyik membaca sebuah kitab lama bernama
“luqtatulijlaan fiimaa tamussu ilaihi haajatul insaan” disusun oleh Ahmad
bin Muhamad Zain bin Mustapa alPatani. Pada tahun 1301 Hijrah dan
dicetak pada tahun 1368Hijrah ,
tiba-tiba terdetik dihati saya untuk
membuat sedutan ringkas apa yang
ditulis pada muka surt 26-29 seperti
berikut;
Emas apabila
dipakai mempesakai kegembiraan dan
jika dibuat cincin dipakai pada jari ,mengelak dari
penyakit sawan, dan penyakit bengkok jari ,,menegah gatal dan jika dibuat
pencungkil dicelah-celah gigi akan mengelak dari sakit gigi, dan emas jika
dikemam didalam mulut menghilang kan bau
busuknya jika dibuat bilah pencelak mata
menegah dari penyakit mata dan kuat pengelihatan.
Batu aqiq yaman berwarn merah terang dan kuning jernih, bila dipakai membuatkan
seorang yang garang menjadi lembut dan
bersangatan ketawanya apabila suka, dan bersugi dengan habuknya boleh menghilangkan
karat gigi,dan hilang bau mulutnya dan
mengelak dari berdarah gusi Sesiapa memakai cincin aqiq maka sentisalah ia
didalam keberkatan dan kesukaan.
Batu fairuz bukanlah pakaian raja kerana ia
mempesakai kurang hebat, sesiapa yang memakainya tidak akan menjadi papa,tidak akan mati
tenggelam dalam air,tidak akan mati dipanah petir,memakainya menguatkan hati
menghilangkan takut. Segala jenis batu
akan mudah rosak dengan terkena peluh minyak dan bauan-bauan yang harum.
Batu yaqut yang terbaik ialah berwarna merah yang sejahtera dari pecah-pecah dan
bergeligis selain dari warna merah ialah
yang berwarna kuning dan hijau selain
dari tiga warna ini kurang mulia dan khasiatnya. Sesiapa yang memakai cincin atau digantung pada leher salah satu dari tiga jenis batu Yaqut
ini terlepas dari penyakit taun, hibat
pada pandangan manusia dan mudah pada segala pekerjaan.
Batu Zamrud jika menilik kepadanya mencerahkan mata jika dihampiri kepada makanan beracun ia akan berpeluh ,memakainya tidak terkena
kepayahan dan kesusahan, jika dipakai dengan ikatan cincin emas terlepas dari
taun, membatalkan sihir, menegah dari penyakit sawan babi. Jika digantung pada rambut perempuan
cepat menemui jodoh…
sekian wallahualam.