.
Ulasan ayt-ayt cinta
oleh
:
mastura88
Pengarang
: mas2ra88
-
Summary rating: 4 stars
(3 Ulasan)
-
Lawatan : 172
-
Perkataan:300
-
Comments
:
1
Ulasan novel Ayat-ayat Cinta..
Ayat-ayat cinta(AAC) sebuah karya ulung dari penulis
indonesia Habiburrahman El Shirazy,atau lebih dikenali sebagai Kang Abik.AAC sebuah novel yang berbentuk islamiah dan diselitkan kisah cinta diantara dua dunia dan berbeza agama.Pertama kali saya membaca novel ini jiwa saya telah dibawa bersama melewati kisah kehidupan di dibumi mesir walau tidak pernah menjeki didunia kelahiran para Anbiya itu.
Ayat-ayat Al-Quran dan puisi mengalunkan sinfoni yang mempunyai mak na yang mendalam dan sesuai untuk garapan jiwa setiap gologan tanpa mengira usia.AAC juga menjelaskan dengan penuh lebih terperinci tentang pandangan negatif barat tantang islam dengan cara yang penuh hikmah dan kelembutan.
Novel ini mengisahkan seorang pemuda indonesia yang bernama Fahri dan sedang menuntut di universiti Al-Azhar Mesir.Fahri pemuda yang penuh bersemangat dalam melakukan tanggungjawab sebagai pelajar Al-Azhar dan sebagai seoarang muslim yang sentiasa berpegang teguh dengan prinsip agama.Dan kerana teguhnya beliau kepada ajaran islam telah membuatkan Maria seoarang wanita nasrani yang sangat bangga dengan surah mariam tertarik hati pada fahri.
bumi mesir telah menjadi saksi pernikahan Fahri dengan Aisha seorang wanita Jerman yang kebetulan menyambung pelajarannya di Mesir.Aisha seorang seorang wanita yang pandai menjaga setiap inci auratnya dan penuh pengertian.Mereka hidup dengan penuh kasih sayang sayang,cinta dan pengorbanan.Disaat cinta membuahkan hasilnya, Fahri ditangkap atas tuduhan yang tidak mungkin dilakukuknnya.Ikuti kisah yang selanjutnya dalam novel Ayat-Ayat Cinta.
Alunan puisi indah mendendangkan syahdu yang mendinginkan hati sedang membara,sifat watak utama yang pasti membuat dara terpikat padanya,bukan fizikal yang sempurna menjadi ukuran tetapi keteguhan imannya.maaf aku terpaksa menolak cinta,bukan kerana aku tak bersyukur dengan nikmatnya..
tapi aku tersedar satu perkara, cintaku pada tuhan masih tak sedemikian rupa..aku x bisa mencintai dia,selagi cinta ku padanya hadir sekali sekala.begitulah kuatnya cinta mereka pada pencipta..
Diterbitkan pada:
April 30, 2009