• Daftar Diri
  • ‎Apakah Shvoong?‎
  • Daftar Masuk
    Daftar Masuk
    Ingat nama pengguna saya Terlupa kata laluan anda?

Ringkaskan Pengetahuan Manusia di Shvoong.

.

Rerumah Shvoong>Buku>Pengkhianat rezeki

.

Pengkhianat rezeki

oleh : neutronboy     

Pengarang : Syaikh Al-Asma'i Radhiallahu-anhu
    Pada suatu musim haji, saya menuju ke kota Mekkah untuk berhaji, kemudian saya bercadang untuk datang
ke Madinah menziarahi makam Rasulullah s.a.w.
      Malangnya, di tengah perjalanan saya dihalang seorang Arab Badwi, di tangannya ada sebilah pedang besar dan pada bahunya tergantung sebusur panah berserta anak-anak panahnya sekali. Orang Badwi itu merenung tajam bermaksud untuk merampas segala barangku.
      Ketakutan menyelubungiku, saya segera memberi salam kepadanya, dan hairan pula dia membalas salamku seraya bertanya:
      "Dari manakah engkau ini?"
      "Saya dari tempat yang jauh ingin pergi ke Baitullah serta menziarahi Rasulullah. " Sahutku
      "Mana barang-barangmu?" Badwi itu bertanya.
      "Saya adalah seorang yang fakir miskin dan tidak memiliki harta yang berharga apa pun" jawabku dengan penuh bimbang.
      "Apakah pekerjaanmu? " Dia bertanya pula.
      "Aku seorang guru mengaji Al-Quran bagi anak-anak di kampung."
      "Apa Quran itu?" Dia bertanya lagi. Rupanya dia tidak tahu Al-Quran.
      "Kau tidak tahu Al-Quran?" Aku bertanya kepadanya.
      "Jangan tanya aku, jawab soalanku!" Dia membentak.
      "Baiklah, baiklah. Al-Quran ialah firman Allah s.w.t." Kataku
      "Adakah Allah itu berfirman?"
      "Benar, Allah berfirman."
      "Cubalah bacakan kepadaku firmanNya!"
Saya pun membaca ayat berikut:
Dengan mafhumnya
      " Dan dari langit (turun) rezekimu dan apa yang dijanjikan." (Az-zariyat:22)
      Tanpa disangka-sangka, orang itu mencampakkan pedang dan busur berserta anak-anak panahnya seperti orang ketukan sekali, lalu berkata " Oh, alangkah celakanya hidup sebagai perompak, merampas hak orang. Dia telah mengkhianati rezekinya yang telah ditentukan oleh Allah di langit, sedang ia mencari-carinya di bumi" Katanya dengan bersungguh-sungguh. Saya begitu takjub bagaimana cepatnya orang itu boleh berubah.
      Ternyata orang badwi itu sangat menyesali segala perbuatannya yang terdahulu dan berjanji akan meninggalkan segala perbuatannya yang ganas dan bertaubat dengan sesunguhnya.
      Saya gembira sekali mendengar pernyataan dan janji orang badwi itu. Ia kembali kepada jalan Islam denga ketulusan hati dan meminta saya mengajar solat dan lain-lain ibadah. Saya tunaikan dengan senang hati dan dia menjadi orang yang cukup terkenal dalam liku-liku agamanya.
      Pada tahun berikutnya, pada sat saya tawaf mengelilingi ka'bah, saya lihat lelaki tua yang ketara kesalihannya datang mendekatiku, lalu mengucapkan salam. Saya membalas salamnya dan cuba mengingat siapa gerangan orangnya. Ia terus berkata kepadaku, "Bukankah tuan ini teman saya pada tahu lalu?" Saya mengingatkan diriku sambil memerhatikan paras wajahnya sehinggalah saya teringat. Dialah orang badwi yang saya ajarkan Islam. "Oh, benar, dan anda datang kemari lagi tahun ini?" Saya bertanya kepadanya pula. Dia meniyakan lalu berkata " Tuan tolonglah bacakan kepadaku sautu firman Allah yang lain!" pintanya kepadaku pula. Saya memnuhinya dengan membacakan firman Allah berbunyi:
Dengan mafhumnya,
      " Demi Thuan langit dan bumi, sesungguhnya benarlah apa yang engkau katakan!"
(Az-Zariyat: 23)
       Saya melihat orang badwi itu mendengarkan dengan khusyuk, lalu mengangkat kepalanya seraya berkata " Tuan, mengapalah Allah bersumpah begitu?" kemudia dia pula berdoa " Ya Allah! Ampunilah segal dosa-dosa hamba selama ini!"
      Selesai dari berdoa, saya lihat dia menangis dengan esaknya hingga jatuh pengsan. Saya segera menyambutnya dan menidurkannya di atas pangkuanku. Tidak lama sesudah itu, ternyata ia telah pulang ke rahmatullah.
      Saya merasa sangta sedih sekali, lalu menangis. Kemudian saya teringat dalam hatiku "Alangkah bahagianya orang itu. Kehidupan yang panjang dilumuri dosa dan diakhiri dengan kesedaran dan kesalihan akan Tuhannya. Dia kembali kepada Allah setelah bertaubat dan memohon keampunan terhadap segala perbuatannya yang telah lalu."
      Demikianlah Allah memberikan petunjuk kepada hamba yang dikehendakiNya. Walau sejahat mana hambaNya, apabila Dia berkehendak maka terjadilah dengan iradatNya.
Diterbitkan pada: Mei 02, 2009
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5

Bookmark & share this post

.