baru 6 bulan aku mendirikan rumah tangga bersama suami ku yang tercinta. Namaku anis
dan suamiku bernama aiman. kami telah
berkenalan selama 1 tahun
dan dalam tempoh itu juga aiman seorang yang gentleman. baru 2 bulan berkenalan untuk mengenal hati budi masing-masing,
suamiku terus mahu berjumpa dengan familyku..aku rase amat bertuah kerana telah dikurniakan seorang suami yang betul-betul matang serta memahami jiwaku yang masih agak keanak-anakkan.
Pada suatu malam, aku menunggu kepulangan suamiku yang outstation selama seminggu. aku menunggu penuh kesabaran. hari semakin malam..aku masih menunggu kepulangan suami tercinta. tidak pulang2 dari td, hatiku mula resah gelisah kerana waktu begini pasti die sudah pulang..aku cuba menghubunginya tetapi handphone pula off. selang beberapa minit ku intai di tingkap samada suamiku sudah pulang ke belum..hatiku merasa tidak sedap hati dan amat risau sekali dan masih tertnya2 ke mana suami ku tercinta ini pergi. selang 30 minit kemudian barulah ku dengar deruman kereta suamiku yang tercinta. aku terus berlari anak menuju ke pintu masuk rumah kami. sambil melihat ke arah suamiku yang ingin keluar dari kereta dan melihat mukaku yang kelat dan terus aku menerpa dan memeluk suamiku sambil menangis. suamiku yang merasa hairan dengan tindakanku terus bertanya kepadaku "sayang...kenape ni??ape yang da berlaku ni sayang??" sambil aku mengesat airmata ku yang telah mengalir sejak dari tadi lagi aku pun menjawab dengan nada sedih dan gembira dengan kepulangan suamiku "sayang pergi mana lambat sangat balik ni...sayang risau sangat-sangat tau..." mendengar sahaja alasanku, suamiku terus menepuk dahi dan gelak terbahak-bahak mendengar alasanku yang hanya risaukan die sehinggakan menangis"..