• Daftar Diri
  • ‎Apakah Shvoong?‎
  • Daftar Masuk
    Daftar Masuk
    Ingat nama pengguna saya Terlupa kata laluan anda?

Ringkaskan Pengetahuan Manusia di Shvoong.

.

Rerumah Shvoong>Buku>Bab1 Di Sempadan Hijab

.

Bab1 Di Sempadan Hijab

oleh : Syafiza    

Pengarang : Syafiza
Mataku terpaku memandang keunikan bunga Ros berwarna ungu betul-betul dibawah pohon beringin,entah sejak bila ia wujud pun
aku tak pasti,yang pasti hati aku terdetik sungguh nak menyentuhnya.Hari itu selepas menolong ibu mencuci pinggan mangkuk aku terus ke belakang rumah dan berlari anak untuk melihat dengan dekat bunga Ros ungu itu,sesampainya aku disana tiba-tiba...
    "Petiklah bunga itu..",ada satu suara menyeruku agar memetik bunga Ros ungu itu.Aku melihat sekeliling penuh hairan namun tiada sesiapa pun disana.Aku berpaling semula kearah bunga Ros tadi,aku tersenyum lalu dengan pantas memetik bunga ros ungu itu.Keadaan sekitar tiba-tiba bertukar menjadi asap dan berputar-putar,aku rasa pening lalu tidak sedarkan diri.
    Aku membukakan mata,masih rasa pening.Keadaan sekeliling bertukar menjadi sebuah tapak Air terjun yang indah,pelbagai bunga pelik tumbuh sana sini.Aku bingkas bangun dan melihat sekeliling.aku jadi bingung,yang aku ingat aku memetik bunga Ros merah tadi.Apa yang jadi?
    "Usahlah kau bimbang Hidayu,aku yang membawamu kemari",suara garau seorang lelaki di belakangku mematikan lamunan.Aku lantas berpaling,ternyata berdiri seorang lelaki yang segak berpakaian seperti pahlawan kurun ke-15.Dia tersenyum manis,menampakkan lesung pipitnya di pipi kiri yang dalam.
    "Kamu siapa",soalku ketakutan."Aku Iskandar,pencintamu",jawabnya pendek."Kau cantik di mataku Hidayu",sambungnya lagi.Aku mengerutkan dahi,rasa pelik macam mana lelaki ni boleh tahu nama aku.Rasanya aku tak pernah melihat dia sebelum ini.
    "Setiap hari aku memerhatikanmu Hidayu,kau sangat ayu",katanya lagi.
    "Keluarlah mengikut arah cahaya itu,dan petiklah bunga Ros ungu jika kamu mahu bertemu denganku lagi",ujarnya panjang lebar.Aku yang masih lagi dalam ketakutan teru sberlari laju menuju kearah cahaya itu.Keadaan sekeliling bertukar lagi menjadi segumpal asap dan tiba-tiba aku muncul semula di bawah pohon beringin.Tanpa menoleh ke belakang aku terus berlari masuk ke dalam rumah.Nasib baiklah tiada seorang pun di rumah.
    Malam itu aku tak boleh melelapkan mata,wajah Iskandar terbayang dimata.Bermacam soalan bermain di benak."Aku harus bertemu dengannya lagi esok",kataku sambil memaksa mata untuk tidur.
Diterbitkan pada: September 14, 2009
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5

Bookmark & share this post

.