Sebuah lagi buku seram yang amat menarik ialah Siri Berkelahi Dengan Syaitan, buku ini telah ditulis oleh seorang penulis yang lebih selesa menggelarkan dirinya sebagai Tok Awang Ngah. Di bawah tajuk Berkelahi Dengan Syaitan, terdapat puluhan cerita yang di garapkan melalui pengalaman penulis sendiri. Selain itu, terdapat puluhan judul buku yang telah pun ditulis oleh Tok Awang Ngah, beliau tidak menulis bercorak novel dan lebih suka menulis cerita-cerita berunsur seram sederhana panjang. saya sendiri memiliki hampir 40 judul buku seram yang ditulis oleh Tok Awang Ngah. daripada puluhan buku tersebut saya memiliki 2 judul buku yang ditulis khas oleh Tok Awang Ngah dalam bentuk novel seram iaitu 'Bajang Peliharaan' dan 'Harimau Akuan'. Jika anda seorang pengumpul cerita-cerita dari penulisan Tok Awang Ngah, anda mungkin bersetuju jika dikatakan bahawa Tok Awang Ngah ini merupakan tenaga pengajar di sekolah atau pun lebih tepat lagi di gelar Ustaz yang bertanggungjawab mendidik anak bangsa tentang kesucian agama Islam.
walaupun beliau bukan bermula sebagai penulis dan hanya menulis selepas beliau bersara (pendapat penulis) namun begitu, tidak dinafikan beliau telah berjaya menghasilkan satu senarai coretan seram yang menarik serta sarat dengan pengajaran. Harus diingat tren pembaca cerita seram di Malaysia lebih menyukai cerita-cerita yang ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Ini akan membuatkan plot cerita itu tidak membosankan, lebih hidup serta menyakinkan. Itulah istimewanya Tok Awang Ngah melalui Siri Berkelahi Dengan Syaitan. Karyanya sekitar tahun 80-an dan 90-an terus menjadi buruan. Sehingga kini saya pasti banyak lagi buku tulisan terawalnya yang wajar diulang cetak kerana penggemar dan peminat Tok Awang Ngah sedia menunggu dan menanti untuk mengumpul koleksi-koleksi yang masih belum di miliki.