Gelintar
×

Daftar Diri

Use your Facebook account for quick registration

OR

Create a Shvoong account from scratch

Already a Member? Daftar Masuk!
×

Daftar Masuk

Sign in using your Facebook account

OR

Not a Member? Daftar Diri!
×

Daftar Diri

Use your Facebook account for quick registration

OR

Daftar Masuk

Sign in using your Facebook account

Rerumah Shvoong>Buku>Tatabahasa Dewan

Tatabahasa Dewan

oleh: adinasri     Pengarang : Nik Safiah Karim Dan rakan-rakan
ª
 
Morfologi: ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji  mengenai struktur ,bentuk, dan golongan kata. 1. Struktur kata i alah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang(tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Struktur susunan kata bahasa Melayu berdasarkan pola suku kata berikut iaitu  V, KV, iaitu suku kata terbuka, manakalaVK,dan KVK ialah suku kata tertutup. Semua kata asli bahasa Melayu mesti dieja berdasarkan struktur tersebut. Sekiranya  kata itu dieja tidak berdasarkan struktur tersebut maka kata itu terdiri daripada kata pinjaman yang diserap kedalam bahasa Melayu. 
. Contohnya :  aku-a+ku = V+KV
makan- ma + kan = KV+KVK
umpama -um + pa + ma  = VK + KV+KV
Contoh kata pinjaman : : 
Bank - KVKK
Drama -KKV +KV
Stem - KKVK
2. Bentuk Kata ialah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan, atau  pengandaan. Bentuk kata ini dinamakan sebagai kata tunggal atau kata dasar, kata terbitan , kata majmuk, dan kata ganda.
3. Golongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan,bentuk, atau fungsi kata berdasarkan golongan tertentu. Golongan kata ini kamudianya dikenali sebagai kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas.
Unsur yang membentuk  perkataan dinamakan sebagai Morfem iaitu unit terkecil dalam tatabahasa yang berfungsi gramtis atau yang menjalankan tugas-tugas nahu. Oleh itu, proses pembentukan kata ialah proses penyusunan morfem mengikut peraturan sistem morfologi bahasa itu.
Morfem boleh bersifat bebas dan terikat.
Morfem bebas terdiri daripada kata dasar atau kata yang tidak menerima sebarang imbuhan. Morfem bebas ialah morfem yang dapat berdiri sendiri sebagai satu kata atau sebagai ayat yang paling minimal. Contoh morfem bebas: meja. buku, ajar,makan,segar,bukit.
Morfem terikat ialah morfem yang memerlukan morfem lain untuk membentuk perkataan. Morfem terikat terdiri daripada kata imbuhan sama ada awalan, akhiran, apitan, sisipan atau terdiri daripada kata akar.Morfem tidak boleh wujud bersendirian. 
Contoh morfem terikat : ber,ter, maha, sub,wan, wati, an, kan,el, in, er,em,ah,in, tawa, tapa, tani, tari,pro, anti.
Sesuatu perkataan itu dibentuk daripada satu morfem atau lebih.Perkataan  "abai" terdiri dari satu morfem bebas, manakala perkataan "terabai"mengandungi dua morfem iatu "ter"  dan "abai".  "keterabaian" mengandungi empat morfem iaitu "ke","ter", "abai" dan "an".
Contoh lain :    bergemuruhan = ber+em+guruh+an
                       kesinambungan = ke+in+sambung+an

Perbezaan antara perkataan dengan  morfem terletak pada sifat bebasnya. Semua perkataan bersifat bebas iaitu dapat berdiri sendiri. Oleh itu , perkataan terdiri daripada morfem tetepi tidak semua morfem itu perkataan. 
Tamat.
Diterbitkan pada: 04 April, 2010   
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5
Terjemahkan Hantar Link Cetak

New on Shvoong!

Top Websites Reviews

X

.