Rerumah Shvoong > Buku > Berjaya dengan daya usaha sendiri

.

Berjaya dengan daya usaha sendiri

Summary rating: 3 stars 2 Ulasan
Pengarang : 刘墉
Review by : ksteeng1122
Lawatan : 557  Perkataan: 300   Diterbitkan pada: Mei 08, 2006
Adakah anda masih akan menyokong keputusan anak anda yang berjaya memasuki universiti untuk berhenti sekolah? Adakah anda masih akan menyokong keputusan anak anda untuk menceburi diri dalam bidang yang diminati walaupun bidang yang dipilihnya tidak disukai oleh anda?<<Berjaya dengan daya usaha sendiri>> merupakan satu buku yang menceritakan segala pengalaman hidup tentang anak perempuan penulis. Di dalam buku ini, terdapat seorang anak yang berpendirian sendiri dengan seorang ayah yang sayang kepada anaknya sehingga ayah itu dapat lari daripada batasan-batasan tradisional yang ditetapkan dan menerima pandangan-pandangan baru dalam era ini. penulis berpendapat bahawa dia ingin memberi satu persekitaran yang luar biasa atau unik untuk anaknya membesar di mana lebih banyak kebebasan akan diberikan kepada anaknya dalam proses perkembangannya. Namun begitu, mereka masih menghadapi banyak masalah. Walaupun anaknya ialah seorang pelajar yang cemerlang, tetapi dia masih akan melakukan kesalahan. Bagi ibu bapa, mereka sering mengharapkan anak mereka ialah yang terbaik supaya dapat menjadi pujian orang lain tetapi ibu bapa seharusnya sedar bahawa bilakah masa yang paling sesuai untuk berinteraksi dengan anak-anak mereka.Untuk tujuan ini, penulis memberitahu pendapat-pendapatnya dengan penuh kemesraan seperti sedang berbual-bual dengan anda. Memang tidak dapat dinafikan bahawa semua orang pun mengharapkan untuk berjaya, namun bagaimana untuk berjaya? Marilah kita lihat apa yang dikatakan oleh penulis dalam buku ini!

Ulasan lain tentang Berjaya dengan daya usaha sendiri
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5


Ringkasan lain oleh ksteeng1122

More

Read Free Summaries - Write and Get Paid

Summarize Human Knowledge on Shvoong. Join us!

------