Harry Potter bukanlah bintang popular pasukan Quidditch
yang menjaringkan mata sambil menunggang sebatang penyapu nun tinggi di awangan. Dia
tidak tahu jampi mantera, tidak
pernah membantu menetaskan anak naga dan tidak pernah memakai selubung halimunan.Apa yang dia tahu hanyalah kehidupan yang penuh dengan keperitan bersama – sama pakcik dan makciknya yang kejam, iaitu pasangan Dursleys dan anak lelaki mereka yang buruk perangainya iaitu Dudley – kaki buli yang gemuk dan terlalu dimanjakan. Bilik Harry adalah sebuah almari di bawah tangga dan dia tidak pernah meraikan hari jadi dalam tempoh 11 tahun semenjak dilahirkan.Tetapi, segala – galanya akan berubah dengan ketibaan sepucuk
surat misteri yang dihantar oleh seekor burung hantu : surat jemputan ke suatu tempat menakjubkan yang tidak pasti dilupakan oleh Harry, mahupun sesiapa yang membaca kisahnya.Kerana di situlah dia menemui bukan sahaja sahabat handai, bersukan di awangan dan dikelilingi ilmu sihir daripada pembelajaran di kelas sehinggalah ke makanan yang dijamah,
Tetapi juga masa depan cemerlang yang menantinya......sekiranya Harry berjaya mengatasi dan memenangi pertembungan tersebut.
Ulasan lain tentang Harry Potter Dan Batu Permata Ahli Sihir