Harry Potter ialah seorang anak yatim piatu
yang tinggal bersama-sama satu-satunya saudara yang dia ada, iaitu pasangan Dursley yang memberikan layanan buruk kepadanya. Tetapi, dia bukanlah budak biasa; dia ialah ahli sihir,
suatu kenyataan yang dia dapat tahu pada hari jadinya yang ke-11. Dia mendapat jemputan untuk belajar di sekolah ilmu
sihir dan kebatinan, Hogwarts dan dia dikunjungi oleh penjaga sekolah tersebut, Hagria yang berupa separa gergasi. Hagria menceritakan
kepada Harry kisah zaman silamnya. Harry dapat tahu bahawa ibubapanya telah dibunuh oleh Lord Voldemort (lebih dikenali sebagai ‘awak tahu siapa’ di dunia ahli sihir kerana semua orang terlalu takut walau hanya sekadar menyebut namanya). Semasa Harry hanya berusia 1 tahun, Voldemort juga cuba membunuh Harry, tetapi sumpahannya terpantul balik kepada Voldemort menyebabkan hilang kuasanya dan Harry terselamat
dengan hanya suatu tanda berupa petir di kepalanya. Harry sangat terkenal di dunia sihir, suatu hakikat yang belum diketahuinya lagi. Harry pergi ke Diagon Alley untuk membeli peralatan sihir yang diperlukannya dan menaiki keretapi di platform 9 ¾ dan dalam perjalanan, berkenalan dengan Ron Weasley. Ron yang daripada keluarga besar tetapi miskin akhirnya menjadi rakan Harry. Dia tiba ke Hogwarts, suatu mahligai yang indah dan penuh dengan ilmu sihir dan terpilih menyertai rumah Gryffindor, 3 lagi rumah adalah Ravenclaw, Hufflepuff dan Slytherin. Dia juga mempelajari segala ilmu sihir (pembelajaran, jampi mantera dan pukauan) dan serta-merta bermusuhan dengan teman sekelas, Draco Malfoy dan salah seorang profesornya, Severus Snape. Dia dan Ron pada mulanya benci akan Hermione Granger yang bersikap suka memerintah tetapi akhirnya menjadi rakan karib selepas ketiga-tiga mereka bersama-sama mengatasi suatu halangan. Harry juga menyertai Gryffindor Quidditich (sukan seperti bolasepak yang dimainkan sambil menunggang penyapu) sebagai Seeker. Mereka melalui banyak pengembaraan di dalam mahligai tersebut dan menemui anjing berkepala 3 yang mengawal sesuatu di sekolah tersebut. Mereka cuba menyelidik dan mendapat tahu yang anjing itu sebenarnya mengawal batu permata ahli sihir yang berkuasa menukarkan logam kepada emas dan menghasilkan Mukjizat Kehidupan yang memberikan kehidupan abadi kepada peminumnya. Voldemort cuba mencuri batu permata tersebut untuk mengembalikan kuasanya dan mencapai kehidupan abadi. Bagaimana Harry dan rakan-rakannya melepasi pelbagai rintangan untuk menghalang Voldemort adalah klimaks kepada kisah yang menakjubkan ini. Dumbledore, pengetua baik hati yang mulia, satu-satunya insan yang ditakuti Voldemort di zamannya, menerangkan kepada Harry bahawa dia mempunyai kuasa yang Voldemort tidak milikki, iaitu kuasa kasih sayang yang dianugerahkan oleh ibunya ketika dia menemui ajal semasa melindungi Harry. Buku ini adalah yang pertama dalam siri 7 buku. Rowling berjaya menghasilkan sebuah kisah hebat yang disulami dengan ilmu sihir, pengembaraan dan kelucuan. Cerita ini digemari oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa, kisah fantasi terhebat, mendorong kita terus membaca sehingga ke akhirnya.
Ulasan lain tentang Harry Potter Dan Batu Permata Ahli Sihir