• Daftar Diri
  • ‎Apakah Shvoong?‎
  • Daftar Masuk
    Daftar Masuk
    Ingat nama pengguna saya Terlupa kata laluan anda?

Ringkaskan Pengetahuan Manusia di Shvoong.

.

Rerumah Shvoong>Buku>Harry Potter dan Piala Berapi

.

Harry Potter dan Piala Berapi

oleh : Seena Subran    

Pengarang : J.K. Rowling
Abstrak ini telah diterjemahkan daripada Harry Potter and Goblet of fire
Harry Potter dan Piala Berapi – buku keempat dalam siri Harry Potter. Buku ini sekali lagi memaparkan keberanian Harry dan
memperkenalkan dunia sihir antarabangsa kepada Piala Dunia dan pertandingan sihir 3 penjuru yang membabitkan dua lagi sekolah sihir, Beauxbatons dan Drumstrung. Harry dipaksa mengambil bahagian dalam pertandingan sihir 3 penjuru dan dikehendakki bertarung dengan naga, deduyung dan terpaksa merentasi taman yang berbelok-belok. Dalam buku ini, Harry menyedari bahawa Ron ialah insan yang sangat penting dan Hermione banyak membantunya melepasi rintangan dalam pertandingan 3 penjuru tersebut. Terdapat juga seorang cikgu baru yang mengajar ‘Pertahanan Diri Daripada Ilmu Hitam’ – Profesor Moody – yang lebih dikenali sebagai ‘mad-eye moody’. Harry pula tertarik dengan Cho Chang yang satu tahun lebih tua daripada Harry. Buku ini juga menyelitkan pesta tarian yang membawa pembaca jauh daripada krisis dan kengerian cerita ini ke dunia yang indah dan penuh dengan kegembiraan. Harry berjaya merintangi pertarungan luarbiasa satu dengan satu menentang Lord Voldemort di tanah perkuburan, yang membuktikan keberaniannya. Kepulangan Voldemort menimbulkan krisis di pengakhirannya dan Dumbledore cuba menyatukan seluruh dunia untuk mengalahkan dia.
Diterbitkan pada: Februari 27, 2007
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5

Bookmark & share this post

.