Rerumah Shvoong > Buku > Harry Potter dan Pertubuhan Burung Rajawali

.

Harry Potter dan Pertubuhan Burung Rajawali

Summary rating: 3 stars 10 Ulasan
Pengarang : J.K. Rowling
Review by : Seena Subran
Lawatan : 402  Perkataan: 300   Diterbitkan pada: Februari 27, 2007
Abstrak ini telah diterjemahkan daripada Harry Potter and Order of Phoenix
Kisah bermula dengan Harry bertarung di hadapan rumah di mana dia dan sepupunya, Dudley diserang oleh Dementors dan Harry menghasilkan sihir Petronous dan ini mengakibatkan dia dibuang sekolah daripada Hogwarts. Sekali lagi, Dumbledore menyelamatkan Harry dan Harry menghabiskan separuh musim panasnya di rumah keluarga Black, 2 Grimmauld Place bersama-sama Sirius Black, Hermione dan keluarga Weasley. Dia mendapat tahu tentang kewujudan suatu pertubuhan yang digelar ‘Pertubuhan Burung Rajawali’ untuk bertarung dengan Voldemort. Harry dan rakan-rakannya kembali ke Hogwarts dan dalam perjalanan menaiki keretapi, bertemu dengan Luna Lovegood. Hagrid belum kembali ke sekolah dan Dolores Umbridge, setiausaha kanan kepada menteri telah dilantik oleh kementerian sebagai cikgu ‘Pertahanan Diri Daripada Ilmu Hitam’ yang baru, di mana akhirnya, dia mengawal penuh sekolah tersebut. Harry menubuhkan D.A. yang menjadi ‘Dumbledore’s Army’ (Tentera Dumbledore) untuk mengajar ‘Pertahanan Diri Daripada Ilmu Hitam’ kepada pelajar-pelajar lain dan disebabkan itu, Dumbledore diminta meletakkan jawatan dari sekolah tersebut. Kejadian-kejadian menakjubkan dan menakutkan kembali menghantui Harry yang mana Harry kehilangan bapa angkatnya, Sirius Black dan dapat tahu tentang kewujudan suatu ramalan tentang Lord Voldemort dan Harry. Di pengakhirannya, Dumbledore menerangkan kenapa Voldemort cuba membunuh Harry semasa dia masih seorang bayi – kerana ramalan yang berbunyi “Dia yang mempunyai kuasa untuk menghapuskan Lord Hitam itu telah tiba.....lahir kepada mereka yang mengingkari dia tiga kali, lahir apabila berakhirnya bulan ketujuh.....dan Lord Hitam itu akan menganggapnya sama kuat, tetapi dia akan mempunyai kuasa yang tidak diketahui oleh Lord Hitam.....dan salah seorang mesti mati di tangan yang seorang lagi kerana kedua-duanya tidak boleh hidup tanpa kematian yang seorang lagi.....Dia yang mempunyai kuasa untuk menghapuskan Lord Hitam itu akan lahir apabila berakhirnya bulan ketujuh.....” Ini bermakna Harry mempunyai kuasa untuk menghapuskan Voldemort dan salah seorang daripada mereka akan menemui maut akhirnya.

Ulasan lain tentang Harry Potter dan Pertubuhan Burung Rajawali
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5


Read Free Summaries - Write and Get Paid

Summarize Human Knowledge on Shvoong. Join us!

------