• Daftar Diri
  • ‎Apakah Shvoong?‎
  • Daftar Masuk
    Daftar Masuk
    Ingat nama pengguna saya Terlupa kata laluan anda?

Ringkaskan Pengetahuan Manusia di Shvoong.

.

Rerumah Shvoong>Buku>Shopaholic & Sister

.

Shopaholic & Sister

oleh : Anonymous     

Pengarang : Sophie Kinsella
Sophie Kinsella telah berjaya menawan hati berjuta-juta orang
melalui novel Shopaholic yang manjadi jualan terlaris
New York Times,
yang diterajui oleh seorang wanita yang gemar membeli-belah bernama
Becky Bloomwood. Sekarang Becky kembali dalam dunia berumahtangga,
sahabat baik dan adik-beradik perempuan yang telah lama tidak bertemu
(dan bahayanya walaupun hanya memiliki tas tangan Angel!)
Apalah gunanya berbulan madu ke seluruh dunia jika anda tidak
berpeluang membeli cenderamata yang pelik untuk dibawa pulang? Seperti
dua puluh gaun  sutera  Cina yang Becky temui di Hong
Kong...  Lima permaidani daripada Turki...  Meja makan diukir
tangan yang menarik (dan sepuluh  buah kerusi) dari Sri Lanka..
Urmm, patung-patung girafah kayu yang besar dari Malawi (yang
terang-terang dibantah oleh Luke)...
Mereka baru saja balik ke London dan Luke berasa sangat marah. Dua lori
cenderamata memenuhi rumah mereka dan bilnya sangat-sangat melampau
harganya. Becky turut menggunakan kad kredit keduanya sehingga
maksimum, dan dia belum ada kerja baru lagi!
Luke mengikutkannya agar berbelanja secara teratur. Dan yang paling
buruk sekali, kawan baiknya Suze telah bertemu dengan sahabat baik yang
baru ketika Becky tiada. Becky seakan-akan tiada hala tuju- apabila ibu
bapanya menyampaikan berita yang tidak disangka-sangka. Dia ada seorang
adik-beradik perempuan yang sudah lama tidak bertemu! Becky gembira!
Mereka akan membeli-belah bersama-sama, minum cappucino bersama-sama,
menjalani perawatan kuku bersama-sama dan menonton video kegemaran
mereka bersama-sama.
Sehinggalah dia bertemu Jessica buat kali pertamanya dan terkejut
teramat sangat. Mustahil adik-beradik perempuan kepada Becky Bloomwoods
... benci membeli-belah?
Diterbitkan pada: Mac 28, 2007
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5

Bookmark & share this post

.