Dikenali serata dunia daripada rancangan temubual beliau
yang terkenal, Kelab
Buku Oprah
telah di adakan pada 17hb September 1996 dan telah dibubarkan pada 5hb April 2002(seperti yang telah di umumkan oleh Oprah sendiri), walaupun pada ketika itu, para pembaca dan penerbit masih mahu untuk meneruskanya lagi. Disebabkan oleh pengaruhnya yang kuat, ramai orang yang telah memulakan tabiat membaca di iringi juga
dengan perbincangan antara mereka mengenai buku itu.Oprah telah mencuba untuk memupuk keseronokan ketika membaca, melalui buku terbitat beliau. Buku ini, dengan empat bahagiannya, appendix dan nota dll, membicarakan mengenai diri Oprah, para pembaca, kesan langsung daripada Oprah dan Kelab Bukunya pada generasi pembaca Amerika secara amnya,
serta bagaimana dan apakah yang telah dilakukan oleh beliau di dalam bidang ini, walaupun para cendikiawan langsung tidak memperdulikan hal berikut. Novel-novel yang dibincangkan didalam Kelab Buku ini, telah menambahkan beberapa jumlah tambahan pembaca, walaupun telah ditulis oleh penulis yang tidak dikenali ramai. Eksperimen
ini didapati telah berjaya, kerana ianya telah menyebabkan para pembaca terasa teruja untuk membaca buku -buku yang telah dibincangkan, secara tidak langsung telah mempertingkatkan hasil jualan buku-buku tersebut. Cubaan buku ini untuk mencari penyebab, kejayaan yang tidak diduga oleh Kelab Buku ini. Oprah telah berjaya membentuk kepercayaan diri pembaca kepada diri beliau serta menarik minat mereka untuk membaca. Beliau telah memilih novel- novel tersebut dengan teliti berserta dengan strategi yang betul, antara kesenangan dan kesusahan, termasuk buku mengenai para wanita, juga hasil tulisan daripada penulis Amerika berbangsa Afrika, agar orang ramai dapat membaca buku-buku tersebut serta menikmatinya. Beliau telah memulakannya dengan buku yang paling mudah, mengambil masa yang mencukupi dengan buku itu, kemudian di ikuti dengan
Novel yang lebih serius dan sukar. Dengan cara ini, melalui beliau, buku yang tidak terkenal serta penulis yang tidak masyhur juga telah dimendapat perhatian daripada orang ramai sekaligus kemahsyuran dan kenamaan dapat di perolehi. Beliau seperti telah menciptakan satu revolusi dalam bidang pembacaan serta perbincangan yang berterusan di antara para pembacanya. Para pembacanya terdiri daripa mereka yang kurang berpelajaran tidak kurang juga mereka yang cerdik pandai. Oleh itu pengaruh beliau kepada hasil penjualan buku-buku tersebut amatlah besar sekali. Objektif serta sasaran Kelab Buku ini, kesannya kepada dunia penerbitan, serta impaknya kepada para pembaca telah dibincangkan pada Bab pertama. Bab Kedua telah membincangkan Kelab Buku ini pada konteks rakyat Amerika terhadap pembacaan novel untuk hiburan dll. serta gosip di antara mereka yang menonton rancangan temubual beliau. Manakala di Bab ke 3 pula, perbincangan banyak tertumpu kepada apakah yang berlaku di tempat-tempat awam, kelab-kelab buku dll. dimana pembacaan berlaku. Oprah telah menumpukan kepada isu sosial serta kemandirian diri jadi topik perbincangan disini ialah mengenai kegunaan novel-novel itu mengenai aspek-aspek tersebut.Bab ke 4 pula telah membincangkan mengenai perhubungan yang goyah antara Oprah dan penulis Jonathan Franzen sebelum 21hb oktober 2001 serta peristiwa lanjutan yang telah berlaku serta ketegangan yang di akibatkannya.Kelad Buku Oprah telah menjadi pusat perbincangan mengenai pembacaan buku dengan para pembaca seantero dunia, ramai-ramai berbincang mengenai novel-novel Oprah. Kesimpulan yang dapat di buat, didapati Rakyat Amerika sekarang lebih memperjuangkan hak mereka untuk membaca dibawah penguasaan dan penilaiaan mereka sendiri, pemilihan yang dibuat oleh mereka sendiri, dibandingkan dengan apa yang pihak pemasaran mahu mereka baca. inilah salah satu contoh amalan demokrasi, didalam bidang budaya juga. Di dalam Appendiks, buku ini telah menyediakan senarai Kelab BukuOprah untuk tempoh 6 tahun dimulakan dengan menurut turutan alphabet kemudian di ikuti oleh kronologi.ianya di ikuti juga dengan nota bab-bab dan kerja-kerja yang telah di lakukan. Secara ringkasnya, buku ini telah menyediakan secara lebih terperinci maklumat mengenai Kelab Buku Oprah, senarai buku yang dibincangkan, kesan akibat daripada perbincangan tersebut ataupun sebab -sebab relevan lain. Telah ditulis oleh seorang professor English, ianya sudah pasti merupakan buku yang amat menarik sekali.
Ulasan lain tentang membaca oprah(bagaimana buku Oprah mengubah tabiat membaca bangsa america)