• Daftar Diri
  • ‎Apakah Shvoong?‎
  • Daftar Masuk
    Daftar Masuk
    Ingat nama pengguna saya Terlupa kata laluan anda?

Ringkaskan Pengetahuan Manusia di Shvoong.

.

Rerumah Shvoong>Buku>Kembalinya Aku Yang Hilang

.

Kembalinya Aku Yang Hilang

oleh : QDewata     

Pengarang : Hanim Shamsuddin
Abstrak ini telah diterjemahkan daripada Re-inventing the lost me
Kembalinya Aku Yang Hilang
Jalan itu gelap gelita dan sunyi
Seluruh mindaku tertumpu ke jalan itu
Ku renung jauh ke dalam laluan yang sempit itu
Yang panjang, berliku-liku dan sukar.
Akal ku mengajak ku berundur
Dari mengimbau langkah perjalanan ku yang lalu
Tapi bukan itu kehendakku
Bukan itu yang aku rancang untuk kehidupan ku
Aku bertanya pada akal ku
Ku cari jawapan suara hati ku
Sungguh mengejutkan, hati dan akal ku seraya berkata
“Teruskan langkahmu, mulakan perjalananmu,
Majulah ke hadapan, lembaran baru menanti.”
Tapi jalan itu amat gelap?
Dalam kekeliruan aku bertanya.
“Nescaya kamu akan mendapat sinar ke jalan itu.”
Kesepian di dalam perjalanan itu
Bagaimana harus ku harungi?
“Moga kegelapan jalan itu tidak menghantuimu lagi,
Dengan ketulusan dan keihklasan yang benar
Kamu akan ditemani sepanjang jalan mu.”
Aku mula mendapat semangat baru,
Walaupun aku berani di dalam ketakutan
Aku tutup kedua mataku, ku hela nafas sedalamnya
Dan aku berdoa
Lalu aku mulakan langkah pertama mengharungi jalan itu
Dengan harapan menemui sinar baru
Tiba-tiba, jalan itu tidaklah segelap yang aku sangka
Dan ku lihat kelibat orang di sana sini
Tanpa ku sedari sinar cahaya menerangi
Sang suria bangkit menyinari segenap penjuru alam
Begitu banyak kisah pun bermula.
Rupa-rupanya penghidupan ini sungguh luas, tersangat indah
Aku mula seronok dengan penghidupanku
Ku tutup mataku, penuh kesyukuran
Ku tutup mataku untuk meresapi kenikmatan itu
Hanya ku dapati sedetik selepas itu,
Ku buka mataku semuanya hilang,
Ianya lenyap.
Aku terbaring keseorangan di katilku
Jalan itu, persoalan itu, semua itu mainan tidurku.
Aku merasa kecewa, sungguh kecewa
Apapun, perjalanan di alam nyata harus ku teruskan
Hatiku bagai menangis sekuat-kuatnya,
Aku lakukan tanpa paksaan
Aku harungi hari mendatang penuh pasrah dan tawakal
Kegelapan itu perlahan-lahan menghilang
Sinaran matahari dating menerangi
Aku sedar suatu perubahan sedang berlaku
Aku redha akan takdir ke atas diriku
Ku dapat rasakan keenakan hari baruku
Aku dapat melihat senyuman ikhlas dan keriangan sekelilingku
Seperti aku di dalam buaian mimpiku
Tapi kini aku di alam nyata dan aku dalam `sedar         
Seperti aku hidup bagai yang ku mimpikan
Seolah-olah…aku membentuk diriku kembali…aku yang sebenar-benarnya.
 
Diterbitkan pada: Mei 11, 2007
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5

Bookmark & share this post

.