Rerumah Shvoong > Buku > Dilemma Melayu (Malay Dilemma)

.

Dilemma Melayu (Malay Dilemma)

Summary rating: 2 stars 6 Ulasan
Pengarang : Mahathir Mohamad
Review by : notarazi
Lawatan : 262  Perkataan: 300   Diterbitkan pada: Januari 21, 2008
Pertama kali saya membaca buku "Dilema Melayu" ialah ketika berada Di
bangku sekolah rendah. Ayahanda saya seorang yang gemar membaca dan dia
menyimpan koleksi buku di bilik bacaannya. Pada suatu hari, ketika
meninjau-ninjau buku di dalam bilik ini, saya terlihat buku tersebut.
Perkataan "Dilema" begitu menarik perhatian saya lantas saya mengambil
buku tersebut untuk membacanya.Dilema berasal daripada perkataan yang dipinjam daripada Bahasa Inggeris "Dilemma".
Dalam bahasa yang mudah, ia bermaksud kesukaran membuat pilihan atau
kebuntuan masalah. Penulis buku ini, Tun Dr Mahathir Mohamad, menujukan
kebuntuan ini terhadap keadaan orang Melayu selepas peristiwa kekecohan
di Kuala Lumpur bertarikh 13hb Mei 1969.Menurut beliau, setelah
Merdeka, nasib orang Melayu tidak banyak berubah malah masih terpinggir
di dalam pembangunan negara. Dalam keadaan yang sulit sebegini, beliau
menyarankan bahawa pemimpin negara terutamanya Tunku Abd Rahman supaya
lebih serius meninggikan taraf kehidupan orang Melayu.Tun Dr
Mahathir juga mengemukakan teori "survival of the fittest". Ketika
membandingkan kemajuan bangsa Cina dan bangsa Melayu di Semenanjung,
beliau berpendapat bahawa kaum Cina lebih maju dari segi eknomi kerana
mereka berasal dari keturunan yang telah mengharungi pelbagai rintangan
untuk sampai ke Tanah Melayu sebelum ini.Nenek moyang mereka
mengambil keputusan untuk meninggalkan Tanah Besar China dan menyertai
pelayaran ke Tanah Melayu. Keadaan muatan kapal yang penuh sesak dan
pelayaran penuh cabaran itu membuatkan mereka lebih tabah dan gigih
dalam usaha kehidupannya.Hal ini berbeza dengan bangsa Melayu
yang apabila lahir sahaja ke mukabumi, mereka telah punyai tanah untuk
bercucuk tanam dan diusahakan. Keadaan ini membuatkan mereka mengambil
sikap "sambil lewa" terhadap sumber-sumber kehidupan yang ada.

Ulasan lain tentang Dilemma Melayu (Malay Dilemma)
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5


Tambah komen anda Jumlah komen di dalam abstrak ini: 1

Komen

Showing 1 out of 1   Tambah komen anda
  1. Malay Dilemma Book

    Nik Saiful Adli bin Burhan

    09 Mac 2008

    I would like to have a copy of "malay Dilemma" by Dr. Mahathir. Where can I get it? Nik Saiful Adli Law Faculty, UiTM niksaifuladli@yahoo.com

Read Free Summaries - Write and Get Paid

Summarize Human Knowledge on Shvoong. Join us!

------