• Daftar Diri
  • ‎Apakah Shvoong?‎
  • Daftar Masuk
    Daftar Masuk
    Ingat nama pengguna saya Terlupa kata laluan anda?

Ringkaskan Pengetahuan Manusia di Shvoong.

.

Rerumah Shvoong>Buku>Biografi>Ratu NOOR; Lonjakan Kesetiaan.

.

Ratu NOOR; Lonjakan Kesetiaan.

oleh : matey    

Pengarang : Noor Al Hussein.

A TRANSLATION



RATU NOOR: Lonjakan Kesetiaan.



Renungan Satu Kehidupan Yang Tidak DiRancang.



Terbuitan :Miramax Books.


Tahun ; 2003


ISBN : 1-4013-9805-1



Satu MEMOIR mengikut tafsirannya adalah suatu usaha yang amat peribadi menagih himbauan dan sedetik introspeksi.



Ini adalah satu kisah seorang gadis Amerika, yang menjalin hubungan perkahwinan dengan seorang Raja dari Timur Tengah. Mungkin perkahwinan bukanlah sesuatu yang beliau impikan dan menyerupai satu roman remaja. Walau bagaimana pun, kehhidupan beliau seterusnya bukanlah penghayatan dongeng romantis tadi.



Lisa Halaby memang seorang remaja Amerika tetapi nama keluarganya menunjukkan kepada asal-usul dari Timur Tengah juga. Anak sulung yang aktif dan cantik ini, tentu sekali diharap akan menjadi idola kepada adik-adiknya. Ini bererti Lisa mesti berhati-hati dan tidak berkelakuan seperti kebanyak remaja Amerika yang lain.



Lisa akhirnya menjadi seorang wanita muda yang berpendidikan dan berfikiran sendiri. Waktu hujung minggu yang biasa ialah parti-parti dan barbeku dengan kenalan ayahnya,Najeeb Halaby. Rakan-rakan ini tentu sekali datang dari lingkungan pemerintahan Presiden Kennedy dan Johnson.



Interaksi pertama Lisa dengan wilayah yang senantiasa bergolak itu ialah bila beliau bekerja dengan satu syarikat British yang beribu Pejabat diTeheran. Disanalah mulanya Lisa Halabi didedahkan dengan konflik dan kekacauan yang memang tidak pernah reda. Perang serta pertelingkahan adalah perkara biasa.



Yang merumitkan keadaan lagi ialah kekuatan Israel dan pendiriannya yang tidak mahu berjiran dengan Negara Arab. Di Iran, Shah Reza Pahlavi mula mengukuhkan cengkamannya dan menyebabkan sebahagian rakyat Iran berpaling kepada golongan ulama. Inilah latarbelakang yang akan terus membayangi perkahwinan Raja Hussein dan Ratu Noor di Jordan.



Perbezaan usia diantara Lisa Halaby dan Raja Hussein sempat menjadi isu apabila perhubungan mereka diketahui umum. Raja Hussein yang belum lama menduda setelah kematian Ratu Aliya, dikatakan sebagai sebaya dengan Najeeb Halaby. Putera dan puteri baginda juga masih membesar.



Cabaran utama bila menjadi keluarga DiRaja Jordan ialah keselamatan. Keselamatan Baginda Raja Hussein serta golongan pemerintah saling juga dikaitkan dengan keselamatan Negara.



Negara Jordan yang bersempadan dengan Syria dan Israel. Tetapi sempadan dengan Israel adalah yang terpanjang iaitu disekitar wilayah Tebing Barat. Raja Hussein mewarisi pendidrian Almarhum Ayahanda belaiu, iaitu Raja Abdullah yang senantiasa berusaha untuk berjiran baik dengan Israel. Tetapi, pendirian ini ditentang oleh rakan-rakan pemimpin Negara Arab yang mahu menghapuskan Israel



Perpindahan manusia dari satu tempat ketempat yang lain adalah hasil negative dari tiap-tiap peperangan. DiTimur Tengah, mangsa utamanya peperangan ialah kaum Palestin. Selepas ‘Peperangan The Six Day War’ bumi Jordan telah dibanjiri jutan pelarian Palestin. Mereka berkhemah di sepanjang Tebing Barat. Kehadiran begini ramai rakyat asing menggusarkan warga asal Jordan.



Terjadilah pertelingkahan yang menyemarak hingga ke tengah jentera kepimpinan Negara Jordan. Raja Hussein merasakan kedudukan dirinya diancam oleh golongan radical yang bersimpati dengan golongan Al Fattahb dibawah kepimpinan Yasser Arafat.


Demi untuk menyelamatkan dirinya dan rakyat Negara Jordan Raja Hussein mengusir kesemua pelarian palestin tersebut dari bumi

Diterbitkan pada: Mac 16, 2009
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5

Bookmark & share this post

.