Adakah
ini kesudahan ataupun permulaan? Apakah siri Harry potter sudah tamat dengan ketibaan buku
yang terakhir? Persoalan yang lebih tepat lagi, bolehkah
kita melepaskannya begitu sahaja?Sebagai seorang dewasa pun
saya terasa begitu sedih, bayangkanlah bagaimana perasaan kanak-kanak pula!Dengan siri Harry potter, penulisnya J. K. ROWLING telah mencipta epik yang mengandungi segala-galanya. Ia mempunyai segala warna di dalam kehidupan, warna gelap, terang, kelabu, hitam dan juga warna pelangi.Kejayaan kuasa baik dalam mengalahkan kuasa jahat mengambil tujuh buah buku
untuk diolah. Namun, adakah kejayaan tersebut hanya untuk pihak yang baik? Tidak, malahan ia lebih daripada itu.Mengimbau semula hasil tulisan J K ROWLING, fikiran saya dipenuhi dengan pelbagai fikiran dan pelbagai watak. Saya menulis abstrak ini untuk mengajak semua orang untuk menganalisis Harry Potter.Bukan hanya
watak beliau, tetapi juga watak seperti Voldermort, Dumbledore, keluarga Malfoy, Severus Snape, Sirius Black, Ron,
Hermione, Neville Longbottom, Fudge serta ibubapa Ron. Jangan lupa juga ibubapa angkat Harry Potter dan anak lelaki mereka yang angkuh dan bodoh itu.Mari kita analisa watak-watak ini satu persatu dan huraikan apa maknanya kepada kanak-kanak, golongan muda dan orang dewasa. Mari kita fikirkan apa yang disampaikan oleh watak=watak ini kepada minda seorang kanak-kanak mahupun minda seorang dewasa dan apa yang diberikan oleh watak tersbut di dalam kisah Harry Potter secara keseluruhannya. Pada pendapat saya, buku-buku ini amat berharga kerana ia mengajar kita setiap perkara yang perlu diketahui oleh manusia tentang kehidupan dan ertinya. Setiap watak seakan-akan memaparkan satu warna di dalam kehidupan kita.
Kehidupan golongan "muggle" seperti kita. Haruskah kita menganalisa setiap watak secara individu? Bolehkah kita menyemarakkan Harry Potter dan mengekalkan percetakannya? Ia bergantung kepada anda.
Ulasan lain tentang Harry Potter 1 - 7 (Bahasa Melayu)