PELANGI mengisahkan persahabatan antara seorang kanak-kanak, Sarah
yang lurus yang terlalu menginginkan kawan yang baik akhirnya mendapat seorang kawan baru yang baik dan baru berpindah menjadi jirannya iaitu Farra. Pada mulanya mereka breseronok berkawan bersama sebelum Farra jatuh sakit. Kesakitan Farra turut membuatkan Sarah bersedih.
sakit kronik
itu adalah sakit SLE atau systemic lupus. Farra menderita sakit itu yang pada mulanya asyik demam-demam dan sakit sebelum dikesan mendapat penyakit yang lebih kronik daripada SLE dan sememangnya membawa maut.
Sarah terlalu menghargai kawannya itu dan sentiasa menemaninya biarpun sakit. Farra menderita sakit sehinggalah tubuhnya tidak
dapat bergerak dan menjadi mayat hidup. Ibu bapanya membawanya berubat dengan pelbagai bomoh dan dukun, namun penyakit Farra hanya bertambah teruk. Di saat paras hemoghlobinnya di paras kritikal, barulah dia dibawa oleh abang dan kakak-kakaknya ke hospital. Bermula daripada itu penyakit Farra mulai dapat dikawal walaupun tidak dapat disembuhkan sepenuhnya.
Sarah pulaa dapat merasai juga pengalaman kawannya yang sakit itu, malah sanggup mengikut kawannya itu berpindah ke Kuala Lumpur semata-mata mahu selalu dapat melawat kawannya itu. Sarah mula belajar berdikari dan menghargai erti kawan dan menjaga diri menumpang di rumah ibu saudaranya yang berdekatan dengan rumah baru Farra di Kual Lumpur. Sarah sentiasa menemani Farra, sehinggalah Farra dapat berjalan semula dan sehinggalah mereka sama-sama selesai menduduki UPSR. Meskipun Farra terpaksa mengambil UPSR di hospital, namun dia tetap berjaya dalam peperiksaan itu.
Semasa mula berkawan dengan Farra, Sarah mencatatkan kisahnya bersama Farah dalam
diari hariannya yang diberi nama Pelangi. Namun, Sarah tidak menulis diari itu hingga ke muka surat akhir dia sentiasa mengecilkan tulisannya agar diari itu masih punya helaian muka surat kosong yang banyak juga. Selesai kedua-duanya menduduki UPSR, Sarah kembali bersekolah di Pahang di kala Farra sudah agak stabil dengan penyakitnya itu. Namun, persahabatan mereka tidak terputus. Pelangi, sebuah diari yang sentiasa dicatat oleh Sarah mengenai persahabatannya itu menjadi hadiah paling berharga dan ikatan persahabatan antara mereka untuk Farra menyambung cacatannya pula.
Kisah ini adalah kisah benar dan Farra kini sudah pun berusia 25 tahun dan baru mendapat seorang cahayamata pada tahun 2007.
Ulasan lain tentang Pelangi