• Daftar Diri
  • ‎Apakah Shvoong?‎
  • Daftar Masuk
    Daftar Masuk
    Ingat nama pengguna saya Terlupa kata laluan anda?

Ringkaskan Pengetahuan Manusia di Shvoong.

.

.

Hikayat Merah Budiman

oleh : Ulat buku     

Pengarang : Panaharjuna
Hikayat Merah Budiman mengisahkan seorang pendekar bernama Beliung Darah atau Merah Budiman yang setia berkhidmat untuk rajanya.
Dia dan sahabat baiknya Pendekar Tanjung Harimau berusaha mencari anak raja yang hilang,Raja Kasim, supaya menaiki taktha dan menumpaskan Raja Rekan yang telah merampas takhta sebenar  KesultananMelaka. Selepas Raja Kasim ditabalkan menjadi sultan, Pendekar Merah Budiman dan Tanjung Harimau berusaha mencari adinda Raja Kasim yang telah lama hilang. Mereka menjumpainya iaitu Raja Khalilullah. Namun tidak lama kemudian, Pendekar Tanjung Harimau menderhaka dan mengkhianati Kesultanan Melaka. Dia cuba untuk membunuh Pendekar Merah Budiman dan telah menubuhkan kumpulan Lanun Geruh Adikara unruk membuat kacau di perairan Melaka. Raja Khalilullah juga hilang semula pada masa yang sama.  Pendekar Merah Budiman dapat diselamatkan oleh Pendekar halilintar angin. Merah Budiman berusaha memperkuatkan seni persilatannya untuk mebunuh pendekar Tanajung Harimau yang juga Panglima hitam. Merah Budiman juga mahu melumpuhkan Lanun Geruh Adikara, dan mendapatkan semula raja Khalilullah yang hilang. Akhirnya, beliau menjumpai Raja Khalilullah, telah membunuh panglima hitam dan melumpuhkan kumpulan Lanun Geruh Adikara. Kesultanan Melaka pun kembali selamat aman sejahtera.   
Diterbitkan pada: November 19, 2007
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5

Bookmark & share this post

.