Lagenda Narnia Jilid 1: Anak Saudara Ahli Sihir.Pada suatu zaman dahulu sebelum almari ajaib terbina dan sebelum kanak-kanak yatim itu dilahirkan lagi, terdapat seorang budak lelaki bernama Digory
yang mempunyai bapa saudara yang sangat jahat dan ibu yang tenat. Digory menyatakan bahawa ibunya mewarisi darah pari-pari dan sebelum ibunya meniggal dunia beliau
telah mewasiatkan
sebuah kotak
untuk Digory menanamnya
dengan syarat-syarat yang tertentu. Pakciknya Andrew yang sememangnya jahat telah mencuri kotak
tersebut disamping menukar isi kandungan kotak tersebut menjadi 4 bentuk cincin, 2 kuning dan 2 berwarna hijau. Pakciknya menipu Polly untuk menyentuh cincin yang berwarna kuning yang menyebabkan akhirnya dia hilang sekelip mata. Kemudian bapa saudaranya yang pengecut itu memberitahu Digory bahawa untuk menyelamatkan Polly dia mesti mengekori Polly dan memberikannya cincin yang berwarna hijau atau Polly akan terperangkap selama-lamanya. Maka bermulalah kisah pengembaraan Digory ke dunia bernama Charn yang merupakan sebuah kawasan yang telah dimusnahkan oleh permaisuri Jadis durjana. Peristiwa terlepasnya permaisuri ke alam nyata telah menyebabkan kerosakan yang teruk di London dan di sebuah dunia baru iaitu Narnia. Digory dan Polly sekali lagi terjerebak ke dalam sebuah pengembaraan apabila Aslan memerintahkan mereka mencari sebuah apel sakti yang hanya dengannya sahajalah ibu Diggory boleh diselamatkan. Adalah amat wajar sekiranya Lagenda Narnia yang berikutnya iaitu; Sang Singa, Si ahli sihir dan almari ajaib untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan penduduk2 Narnia dan perubahan dari sebuah kawasan yang indah permai kepada sebuah kawasan yang dipenuhi dengan ais.Dengan tertanamnya cincin2 bersama dengan epal sakti tersebut dan Pakcik Andrew mendapat pengajaran yang setimpal dari haiwan2 Narnia maka berakhirlah cerita ini. Semasa cerita ini hampir ke penghujungnya,plot2 baru sudahpun bermula. Pohon epal sakti tumbuh dari biji epal sakti tersebut, dimana kayunya digunakan untuk membuat almari ajaib tersebut.Diggory pula berjaya menjadi seorang professor yang tinggal in perkampungan dimana inilah set untuk cerita Lagenda Narnia yang berikutnya....
Ulasan lain tentang Lagenda Narnia-Anak Saudara Ahli Sihir