Novel ini mengisahkan sebuah keluarga bahagia yang akhirnya berkecai juga. Mariah, seorang isteri yang bak dan taat pada
suaminya, Azhar, diusir dari rumah oleh suaminya sendiri kerana dituduh berzina dengan lelaki lain di rumah mereka sendiri. Mariah diusir sehelai sepinggang walaupun tuduhan itu palsu kerana ia adalah rancangan ibu mertuanya yang mahu
anaknya mengahwini wanita yang setaraf dengannya. Mariah yang amat menyayangi anaknya, Sofyan, ebberpa kali menulis surat kepada bekas suaminya agar menerimanya kembal. namun, tidak dipedulikan. Mariah yang sebatang kara merempat dan melarat kemudiannya dapat bekerja sebagai pengasuh di sebuah keluarga Belanda. Lima tahun dia bekerja dengan
majikannya, majikannya ingin berpindah semula ke tanah airnya. Mariah ditinggalkan dengan sedikit harta dan barang kemas. oleh sebab dia tiada tempat berlindung, dia berkahwin dengan seorang lelaki yang juga bekas orang gaji majikannya. Malangnya, suami barunya itu juga tidak berguna, mengikis harta Mariah untuk berfoya-foya dengan perempuan lain sehingga Mariah tidak lagi berharta dan diceraikan begitu saja. Mariah kembali merempat, puas dia mencari pekerjaan yang halal namun semua sia-sia. Untuk meneruskan hidup, dia terpaksa menjadi seorang pelacur. Bertahun-tahun kemudian dia dapat tahu anaknya sudah berjaya dan ternama. Suatu hari dia dapat tahu ada orang mahu menjatuhkan anaknya dan membinasakan hidup anaknya, lalu dia merayu pada orang tersebut supaya tidak melakukan demikian. Namun, penjahat itu berdegil, lalu demi anak tersayang, dia membunuh penjahat itu sebelum membinaskan hidup anaknya tersayang.