.

Naruto

Summary rating: 2 stars 1 Ulasan
Pengarang : Just Me!
Review by : Kimimaro
Lawatan : 77  Perkataan: 600   Diterbitkan pada: Januari 27, 2008
Abstrak ini telah diterjemahkan daripada Naruto
Naruto adalah sejenis rancangan animasi dan juga komik bersiri oleh Masashi Kishimoto. Watak utamanya, Uzumaki Naruto, seorang yang bercakap besar, terlampau aktif, cuai dan juga ninja yang mempunyai cita-cita yang amat tinggi untuk dikenali dan diiktiraf sebagai Hokage (Ninja yang paling hebat di dalam sesebuah kampung). Komik Naruto pertama sekali diterbitkan oleh Shueisha pada tahun 1999, di dalam keluaran ke 43 majalah Japan Shonen Jump. Sehingga keluaran ke 36, komik tersebut telah terjual lebih 71 juta salinan di Jepun. VIZ Media pula menerbitkan versi alih bahasa di dalam majalah American Shonen Jump. Naruto kini menjadi komik bersiri oleh VIZ yang paling laris. Terkini, keluaran ke 14 yang pertama sudah dikeluarkan. Saya telah memesannya kerana tidak mahu ketinggalan. VIZ bercadang untuk mengeluarkan keluaran 16 ke 27, 3 keluaran bagi setiap satu masa, september ke disember 2007.
Maklumat Plot: Pada zaman dahulu, muncul satu musang raksasa berekor 9 yang sangat jahat. Apabila ia mengibas ekornya sahaja, gunung-ganang akan hancur, tsunami akan berlaku. Untuk mengatasinya, ninja-ninja dikumpul. Ramai ninja yang terkorban. Akhir sekali seorang ninja hebat, Hokage ke-4, berkorban untuk menyelamatkan mereka yang lain.  Dia menggunakan teknik rahsianya untuk mengalahkan raksasa tersebut, dan mengurung raksasa itu ke dalam badan seorang bayi. Bayi itu adalah Uzumaki Naruto. Malangnya, Hokage ke 4 itu mati. Ini membuatkan penduduk kampung menganggap Naruto sebagai sial! Mereka membencinya dan tidak menghiraukannya. Oleh itu, Naruto gemar melakukan perkara-perkara nakal, demi untuk mendapatkan perhatian daripada penduduk kampungnya. Ini juga kerana, Naruto hidup sunyi tanpa ibu bapa dan saudara mara. Namun, Naruto mempunyai cita-cita yang amat tinggi, iaitu untuk menjadi Hokage. Pada suatu hari,disebabkan keinginannya yang terlalu tinggi untuk berjaya, dia mampu menyelamatkan gurunya, Iruka daripada dibunuh walaupun dia hanya seorang ninja yang lemah. Di situ, dia mula sedar, terdapat orang yang mengambil berat mengenainya. Bermula dari detik itu, Naruto semakin bersemangat dan terus mengorak langkah dalam menuju cita-citanya!


Ulasan lain tentang Naruto
Naruto  oleh  Just Me!     
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5


Read Free Summaries - Write and Get Paid

Summarize Human Knowledge on Shvoong. Join us!

------