• Daftar Diri
  • ‎Apakah Shvoong?‎
  • Daftar Masuk
    Daftar Masuk
    Ingat nama pengguna saya Terlupa kata laluan anda?

Ringkaskan Pengetahuan Manusia di Shvoong.

.

Rerumah Shvoong>Buku>Komik & Novel Grafik>Komik Naruto Shippuuden 302 (Penyusupan)

.

Komik Naruto Shippuuden 302 (Penyusupan)

oleh : Kimimaro     

Pengarang : kimimaro
Akhirnya, mereka bersedia untuk memecah masuk ke dalam tempat persembunyian Orochimaru. Di atas arahan Yamato, mereka bertiga
akan cuba memasuki tempat tersebut mengikut susunan, bermula dengan Yamato, diikuti Sakura dan akhir sekali,Naruto. Menurut Yamato juga, mereka akan mendekati kawasan bawah tanah menggunakan justu elemen bumi (earth). Begitulah taktik yang mereka cuba lakukan. Dalam masa yang sama, Naruto memperingati dirinya..bahawa ini adalah masa yang dia telah tunggu begitu lama, dan dia tidak akan mensia-siakan peluang ini. Di sebuah lorong yang agak gelap, Kabuto kelihatan memimpin Sai menuju ke sebuah bilik khas. Suasana di situ agak suram..sunyi dan hanya diterangi lilin. “Ini adalah bilik kau. Kau akan tinggal di sini sahaja selagi kami tidak memerlukan kau. Jika ada apa-apa berlaku, kami akan datang ke sini”, terang Kabuto kepada Sai. “Biarlah kami simpan kunci pintu ini…aku pasti kau tahu kenapa…”, tambah Kabuto lagi lalu mengunci bilik tersebut dan beredar. Kata-kata Kabuto itu begitu mencurigakan. Selang beberapa ketika, Sai terus menuju ke pintu biliknya, sambil memasang telinganya..memastikan Kabuto betul-betul sudah tiada di situ. Sai kelihatan tergesa-gesa melakukan sesuatu sebaik sahaja Kabuto meninggalkan tempat tersebut. “Seperti yang aku jangkakan, seluruh kawasan ini terbina daripada batu!”, Yamato mengeluarkan pendapat sebaik mendekati kawasan persembunyian itu. Naruto mula bertindak agresif dan mahu menggunakan “Rasengan” untuk memecahkan batu-batu yang mengelilingi kawasan tersebut, namun ditegah Sakura. “ Tunggu, jika kau lakukan justu yang kuat itu, sudah pasti impaknya akan menarik perhatian musuh kita dengan mudah!” . Di kala Naruto dan Sakura mengalami kesukaran mencari idea untuk memecah masuk menembusi dinding batu itu, Yamato dengan mudah menggunakan kelebihannya menguasai elemen bumi membina bukaan pada dinding tersebut. Ini dilakukan dengan memasukkan akar kayu jelmaaan dibawah kawalan Yamato ke dalam rekahan kecil dinding batu itu dan meningkatkan saiz akar sehingga rekahan tersebut membentuk sebuah ruang bukaan. Melalui kaedah ini, dinding tersebut telah berjaya ditembusi tanpa menghasilkan sebarang bunyi yang kuat dan mereka bertiga berjaya memasuki kawasan persembunyian Orochimaru! “Mula-mula..kita dapatkan Sai..dia ada di sana..”, kata Yamato berpandukan alat pengesannya yang ada pada Sai. Pada masa yang sama, Sai mengeluarkan sesuatu daripada begnya. Ia adalah dua skrol kecil. Kedua-dua skrol itu diletaknya di atas meja dalam posisi bersilang sesama sendiri. Persilangan tersebut membentuk satu jampi berbentuk tulisan dan ruang 2 tapak tangan. Tanpa membuang masa, Sai meletakkan tangannya di atas skrol tersebut. Maka, menjelmalah sebuah buku di atas skrol itu. Sai terus mencapai buku itu dan membacanya. Yamato terus mengetuai pergerakan mencari Sai. Mereka bergerak mengikut susanan yang telah mereka rancang sebelum itu, bergerak di dalam lorong-lorong gelap yang agak mengelirukan. Setiap pergerakan hendaklah dilakukan dengan teliti kerana mereka tidak mahu menarik perhatian Orochimaru terlebih dahulu. Memasuki kawasan Orochimaru sememangnya sesuatu yang amat bahaya untuk dilakukan, sebarang kesilapan pasti mengundang bahaya besar. Sedang Kabuto bergerak menjauhi bilik Sai, dia teringat kembali kepada arahan Orochimaru sebelum itu. Dia diarahkan mengemaskini dokumen yang telah diserahkan oleh Orochimaru. Walau bagaimanapun, satu kesilapan kecil telah berlaku : dokumen tersebut tertinggal di dalam bilik Sai. Oleh itu, Kabuto terpaksa kembali ke bilik Sai untuk mendapatkannya. Sedikit rasa kesal timbul di hati Kabuto kerana melakukan suatu kesilapan yang sudah pasti mengecewakan mentornya. Orochimaru sememangnya tidak menggemari sebarang kesilapan dilakukan konco-konconya, lebih-lebih lagi kecuaian kecil seperti itu. Tiba-tiba Sai terdengar sesuatu di pintu biliknya. Dengan pantas Sai menyembunyikan buku tadi ke dalam begnya. “Seperti yang telah aku jangkakan…kau di sini”, kata Yamato sambil membuka pintu bilik Sai. Sai tergamam… Yamato telah menggunakan justu elemen bumi untuk membuka pintu bilik itu. (Yamato membentuk sebuah anak kunci menggunakan akar kayu yang menjelma dari jarinya) “Seperti yang dijangkakan daripada seorang unit ANBU khas milik Hokage…helah sebelum ini tidak berjaya memperdayakan kau ya..”, kata Sai sambil membuat mimik muka (senyum) tidak ikhlas! “Terangkan apa yang berlaku, sekarang!”, tegas Yamato! Tiba-tiba Naruto meluru ke arah Sai dan memaut bajunya! “Apa yang kau buat ni? Pembelot!”, jerit Naruto. “ Aku tak akan bising kalau aku jadi kau..kau hanya akan menarik perhatian mereka di luar sana”, balas Sai kepada Naruto. “Celaka…”, Naruto kembali bersuara dan memandang wajah Sai dengan bengis. Tiba-tiba sergahan Sakura mengakhiri suasana tegang di antara Naruto dan Sai. Sakura terus menghulurkan buku lukisan Sai kepada Sai. “Terima kasih”, ucap Sai kepada Sakura. “ Kau bertindak di atas arahan Danzou bukan? Danzou merancang untuk bersubahat dengan Orochimaru…dan kau bertindak sebagai orang tengah ya?”, tanya Sakura kepada Sai. Sai kembali membuat mimik muka yang menjengkelkan…menafikan segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya. “Kau merancang untuk memusnahkan Konoha bersama-sama Orochimaru..sekali lagi bukan?”, tegas Yamato. Suasana menjadi sunyi seketika..mereka menunggu Sai memberikan jawapan. “Kamu sudah silap”, jawab Sai bersahaja. “Penipu! Senyuman kau adalah palsu! Kau menipu!”, sergah Naruto. Tanpa mengendahkan kelakuan Naruto, Sai menjawab,” Sebaik sahaja kamu semua berjaya menjumpai aku, misi aku telah gagal semerta-merta. Tidak mungkin aku seorang mampu membunuh kamu bertiga.” Akhirnya Sai mengaku rancangan mereka untuk memusnahkan Konoha… Dalam masa yang sama..Kabuto bergerak semakin hampir menuju bilik Sai untuk mengambil semula dokumen yang telah tertinggal…tanpa disedari Sai, Yamato, Sakura dan Naruto… Bersambung…
Diterbitkan pada: Mac 20, 2008

Komen

Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5

Bookmark & share this post

.