Sebuah buku masakan yang menyajikan maklumat perihal kanser dan cara-cara
mencegahnya daripada aspek makanan.Buku ini dibahagikan kepada 7 bab. Bab 1 menerangkan tentang kanser adalah penyakit sel. Bab 2 menerangkan tentang pembentukan sel kanser. Bab 3 menjelaskan tentang bahan pencemar penyebab kanser.
Bab 4 pula menghuraikan tentang penurunan risiko kanser melalui makanan. Seterusnya bab 5 pula memberi penjelasan tentang komoditi yang dapat mencegah kanser. Bab 6 pula memaparkan tentang tip antikanser. Akhirnya dalam bab 7 pula dijelaskan menu yang sesuai bagi menghindarkan diri daripada kanser.
Sesungguhnya, kanser adalah salah satu penyakit yang boleh membawa maut. Justeru itu, kita haruslah mempunyai ilmu dan tahu jenis jenis makanan dan menu sihat yang boleh menghindarkan diri kita daripada terkena kanser.
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Jadi belilah dan bacalah buku ini sebagai panduan dalam mencegah diri kita daripada kanser. Kesihatan adalah mahkota kehidupan.