Buku ini Mengisahkan 3 orang lelaki misteri dan salah satu darinya ialah Luqman Al-hakim. Sebagai umat zaman sekarang
kita kurang mengkaji tentang kewujudan dan kesahihan kisah Luqman Al-hakim kerana Al-Quran tidak menerangkan secara teperinci keadaan tokoh ini dan salahsilah keturunanya. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh penulis berdasarkan Al-Quran, Sunnah dan Sejarah maka kesahihan cerita tentang Luqman Al-Hakim telah terbukti dan keraguan pembaca dapat dijawab dengan teperinci.Seseorang yang bijaksana perlu mempunyai sikap yang terpuji dari seluruh aspek kehidupanya. termasuk ketaqwaan dan keperibadianya. Asal usul Luqman Al-Hakim dari nama, gelaran, keturunan,kelahiran dan kematian juga di terangkan dalam buku ini. Dari segi kebijaksanaan menjawab soalan_soalan dan dialog bersamanya dapat membuktikan keperibadian akhlak dan kebijaksanaanya. Terdapat juga kata-kata hokmah dan nasihat yang boleh dijadikan panduan. Tafsir dari Surah Luqman juga terdapat dalam buku ini.
Sinopsis by : lieza