ROH & JASAD
* Ada banyak pendapat mengatakan bahawa roh itu terlibat secara langsung untuk memberi arahan dalam perjalanan hidup manusia. Pengaruh roh sangat kuat kepada manusia dan ia bersifat langsung ( direct )
Perkara ini menyimpulkan bahawa sesuatu yang tidak kita lihat bukannya bererti ianya tidak ada, kerana yang ada itu pun ada yang dapat dilihat dan ada yang tidak.
- Hadith yang diriwayatkan oleh al-Barra bin Azib, Ibnu Qayyim mengatakan :
Berdasarkan hadith tersebut, maka semua pengikut Ahli Sunnah dan ulama hadith, berpendapat bahawa roh itu kembali kedalam jasad didalam kubur, dan pertanyaan serta balasan dihadapkan dan dirasakan kepada roh dan jasad sekaligus.
Pendapat kedua mengatakan bahawa soalan kubur dan balasannya hanya ditujukan dan dirasakan oleh roh sahaja. Jasad tidak terlibat dalam hal tersebut.
Ibnu Qayyim telah menjawab sangkaan Ibnu Hazzm dan orang-orang yang sama dengan pendapatnya seperti berikut:-
" Pendapat Ibnu Hazzm itu ada benarnya ada pula tidak benarnya.
Hubungan roh dan jasad tidak mungkin dapat dijangkau oleh akal dan deria manusia, kerana ia merupakan perkara ghaib yang hanya Allah mengetahuinya, sesuai dengan kekuasaan dan kemahatahuannya.
* Begitu juga dengan perhubungan dan penceraian tubuh dengan jasad adalah mudah bagi Allah. Perkara yang semakin jauh dari deria dan pengetahuan manusia, maka semakin jelaslah padanya kehebatan dan kebesaran ALLAH S.W.T, kerana ketika inilah semakin jelas bukti kekerdilan manusia berhadapan dengan keMAHA-AGUNGAN ( KHALIQ ) pencip seluruh mahluk.
Maha suci engkau, wahai Tuhan kami, ilmu dan rahmatmu meliputi segala-galanya. Wahai Tuhan kami masukkanlah kami kedalam golongan orang-orang yang menyaksikan keagungan-Mu.
' HEBAT, SESUNGGUHNYA HEBAT "
Salam dari managro