Rerumah Shvoong > Wayang > Rencana > Bobohizan

.

Bobohizan

Summary rating: 5 stars 17 Ulasan
Pengarang : nanakboy88
Review by : nanakboy
Lawatan : 91  Perkataan: 300   Diterbitkan pada: Mac 24, 2008
Bobohizan merupakan gelaran bagi bomoh wanita utama dalam tradisi kebudayaan Kadazan-Dusun. Bobohizan memainkan peranan penting dalam perayaan Tadau Kaamatan bagi menyemah tapak tanaman bagi memastikan tanaman yang berjaya untuk tahun hadapan. Bobohizan pertama dipercayai diajar oleh jelmaan semangat Huminodun, iaitu Unduk Ngadau, jampi serapah yang diamalkan sehingga sekarang.
antara mentera yang di jampinya adalah sepeti berikut:

doi kada kati gangang arai
kotunguan ko do pais
otimbaar ko do sadap
maksudnya;

aku megambil pisau ini
untuk di jadikan persembahan
bagi menyucikan makan ini(padi)
Kebanyakan bobohizan ini terdiri daripada kaum perempuan tapi ada sebilangan kaum lelaki di pilih bagi menguatkan lagi persembahan atau upacara yang diadakan. Dikhuatiri semangat yang datang tidak dapat ditangkis. Dalam upacara yang diadakan adakalanya paluan gong digunakan bagi menyusuri upacara yang diadakan bagi memanggil semangat-semangat yang tertentu. Selepas itu bobohizan akan mengucapkan rinait (mentera) serta bermainkan kombuongo atau peralatan menyatukan dua alam Bagi memulakan upacaranya. Setelah dirasuki oleh semangat tersebut bobohizan sepertinya bercakap kepada seseorang iaitu semangat yang dijumpainya. Adakalanya semangat tersebut berkehendakan persembahan atau korban dalam bahasa kadazanya sogit. Korban yang selalu diminta bagi upacara tersebut adalah darah ayam kampung, seekor kerbau atau haiwan berdarah panas, 10 biji telur rebus,dan nasi kunyit. Selepas itu boboizan itu menyerahkan korban tersebut bagi memulihkan atau membuang sial seseorang itu.

Ulasan lain tentang Bobohizan
Bobohizan  oleh  nanakboy88    2008 
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5


Read Free Summaries - Write and Get Paid

Summarize Human Knowledge on Shvoong. Join us!

------

Recent Shvoongers

  • aduka
  • Buwau
  • Kimimaro
  • notarazi
  • Pitung78
  • Haqiem
  • ChangWai
  • kyra_in
  • nasriano
  • kwenzc
  • fizsolution
  • ijass
  • Jaymez
  • b00TunK
  • BabyReptilia
  • beloved

.