Rerumah Shvoong > Wayang > Rencana > upacara pengebumian masyarakat kadazan di daerah penampang

.

upacara pengebumian masyarakat kadazan di daerah penampang

Summary rating: 4 stars 12 Ulasan
Pengarang : nanakboy88
Review by : nanakboy
Lawatan : 146  Perkataan: 600   Diterbitkan pada: April 11, 2008
Misteri dan Kepercayaan Pengkebumian Masyarakat Penampang
 
           Budaya dan kepercayaan di sesuatu tempat adalah berbeza dengan tempat yang lain, begitu juga dengan daerah Penampang. Uniknya, kepercayaan dan misteri dalam upacara pengkebumian di daerah ini adalah sangat  menarik untuk dikaji dan diketengahkan. Upacara pengkembumian lampau dan moden adalah sangat berbeza di daerah ini. Untuk kajian lebih mendalam, teruskan membaca bagaimana upacara lampau dan moden dilakukan.
 
Upacara pengkebumian lampau
 
Bagi masyarakat lampau, kematian seseorang merupakan suatu musibah. Kaedah menanam mayat pada zaman lampau berbeza dari zaman sekarang dimana mayat pada dahulu kalanya ditanam didalam tajau besar dan sebahagian besar tajau tersebut diukir dengan cantik.
           Cara ini adalah untuk membiarkan jasad dan roh si mati bersemadi dengan tenang di alam barzarkh. Biasanya kaedah penanaman mayat ini biasanya diamalkan oleh kaum kadazandusun di sekitar Daerah Penampang. Kini, terdapat sebahagian masyarakat yang masih mengamalkan kaedah ini dan Kubur Tajau ini masih ada terdapah di Kg Inobong Penampang.
 
Upacara Pengkebumian Moden
 
Keluarga si mati akan berkabung selama tujuh hari bermula dari saat pertama si mati menghembuskan nafasnya. Kaedah ini merupakan satu satunya kaedah yang di amalkan di Sabah iaitu di Daerah Penampang.
 
 
Kronologi Hari Berkabung
 
Berikut Merupakan Kronologi Hari Berkabung bagi keluarga si mati:
 
Hari Pertama-hari ketiga: Mayat masih disimpan didalam keranda didalam rumah.
 
Hari ketiga atau Hari keempat: Jasad disemadikan dalam tanah.
 
Hari keenam: Upacara “Momisok” (Roh simati akan dipanggil untuk berjumpa dengan ahli keluarga) semasa upacara ini semua sumber cahaya akan ditutup begitu juga dengan bunyi. Para hadirin akan ditegah untuk berbuat bising.
 
Hari ketujuh: Upacara “mogukas” (upacara untuk membakar barangan milik si mati agar dapat diguna pada alam kematiannya)
 
Sepanjang tujuh hari tersebut permainan Katam-katam akan dimainkan iaitu satu permainan untuk memberi keuntungan (berunsurkan perjudian) kepada pengunjung atau saudara mara yang tiba ke rumah keluarga simati.
 
Hari ke 40: Upacara sembahyang
Hari ke 100: Upacara Sembahyang
 
*Keluarga si mati akan memakai perca kain yang berwarna biru,kuning dan lain lain warna sebagai tanda kaitan kekeluargaan terhadap si mati. Namun semasa upacara “mogukas” kesemua perca kain berwarna itu akan dibakar bersama sama barangan simati.

Ulasan lain tentang upacara pengebumian masyarakat kadazan di daerah penampang
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5


Read Free Summaries - Write and Get Paid

Summarize Human Knowledge on Shvoong. Join us!

------

Recent Shvoongers

  • aduka
  • Buwau
  • Kimimaro
  • notarazi
  • Pitung78
  • Haqiem
  • ChangWai
  • kyra_in
  • nasriano
  • kwenzc
  • EasyMidnight
  • fizsolution
  • ijass
  • Jaymez
  • b00TunK
  • beloved

.