Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud"
"Setelah Allah
SWT selesai menciptakan
Jibrail as dengan bentuk yang
cantik,
dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang ,
sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000
sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata :"
Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada aku?." Lalu Allah berfirman yang bermaksud.. "Tidak.."Kemudian JIbrail as berdiri serta
solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap2 rakaat itu lamanya 20,000 tahun.Setelah selesai jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.."Wahai
Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang
bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku
seperti
ibadat kamu, akan tetapi diakhir zaman nanti aka! n datang
seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya ''Muhammad." Dia
mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa; sekiranya mereka itu
mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka
dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang
bermacam=macam dan
dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu
dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari
solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan
kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"Lalu Allah berfirman yang bermaksud.."Ya
Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma''waa sebagai tempat tinggal... "
Kemudian JIbrail as meminta izin keada Allah untuk melihat syura
Ma''waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah
Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia men!
gembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalana 3000 tahun,
terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa
letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah
bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata
dalam sujud:" Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan
setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud.."Wahai
JIbrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku
memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu
kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan
sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah
kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang
mereka kerjakan... .." "
Ulasan lain tentang Hikmah Solat dua rakaat.