Menuduh berzina merupakan perbuatan yang buruk dan sangat besar
pengaruhnya terhadap kejatuhan martabat seseorang, kehilangan
kehormatan serta keadaan diri, keluarga, keturunan menjadi tercela.
Itulah sebabnya Islam menetapkan syarat-syarat yang ketat untuk
menerima atau menolak tuduhan berzina ini, sehingga sangat sukar untuk
melakukannya. Diantara syarat-syarat
kesaksian itu antara lain:1. Orang-orang yang menyaksikan perbuatan
zina itu hendaklah empat orangFirman
Allah SWT maksudnya: "Dan terhadap para wanita yang mengerjakan
perbuatan keji, datangkanlah empat orang diantara kamu untuk menjadi
saksi. Kemudian apabila mereka telah memberikan kesaksian, maka
kurunglah wanita-wanita itu dalam rumah hingga mereka menemui ajalnya
atau hingga Allah memberikan jalan lain kepadanya". (An Nisa'' ayat 15)
"Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita baik-baik berbuat zina dan
mereka tidak mendatangkan empat orang saksi maka deralah mereka (yang
menuduh itu) lapan puluh kali pukulan dan janganlah kamu terima
kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang
yang fasiq".(An Nisa'' ayat 4 ) Jika orang-orang yang
memberikan kesaksian itu kurang dari empat orang, maka tuduhan mereka
tidak dianggap sah. Bagi penganut mazhab Hanafi, Imam Malik mujtahid
tarjih dari Mazhab syafei dan Imam Ahmad berpendapat bahawa mereka yang
kurang dari empat orang harus dihukum. Dasarnya ialah sesuai dengan
petunjuk yang dilakukan oleh Saidina Umar Ibnul Khattab yang menghukum
Abu Bakrah, Nafi'' dan Syibl sewaktu mereka menuduh Mughirah berzina.2. Saksi-saksi itu hendaklah sudah baligh
Sesungguhnya kanak-kanak belum layak untuk diberi kekuasaan dalam
memegang harta hartanya, oeh kerana itu ia belum layak memberikan
kesaksian untuk orang lain.3. Saksi-saksi hendaklah sihat akalnya
Tidak dapat diterima kesaksian orang gila ataupun orang yang kurang
sihat akalnya. Dalam sebuah hadith Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
"tidaklah dicatat (diambil kesaksiannya) dari tiga orang, pertama orang
yang tidur hingga ia terbangun, kedua, kanak-kanak hingga ia baligh dan
ketiga, orang gila hingga ia waras.4.
saksi hendaklah Orang yang adil Firman Allah maksudnya, "Dan persaksikan dengan dua orang saksi yang adil diantara kamu...."(Ath Thalaq ayat 2) Firman Allah yang lain maksudnya:"Hai
orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang yang fasiq
membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak
menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya,
yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan itu". (Al Hujarat ayat 6)5. Orang Islam
Saksi hendaklah orang Islam, baik kesaksian itu diberikan kepada orang
Islam sendiri mahupun yang bukan Islam. Persyaratan ini merupakan
perkara yang sudah disepakati oleh imam-imam mazhab dalam Islam.6. Tahu Peristiwa secara Terperinci
Orang-orang yang menyaksikan itu hendaklah tahu peristiwa tersebut
secara terperinci. Bahkan dia melihat dengan jelas adegan
jimak tersebut iaitu masuknya
zakar dalam faraj. Dasar kepada
syarat ini sesuai dengan peristiwa Rasulullah SAW menyelesaikan kes
pengakuan berzina yang dilakukan oleh Maiz. Ketika ingin dijalankan
hukuman ke atas Maiz, maka Rasulullah SAW masih bertanya kepadanya,
"Wahai Maiz, barangkali engkau hanya menciumnya, membelainya atau
engkau hanya melihat kemaluannya ?. "Tidak, ya Rasulullah", jawab maiz.
Kemudian Rasulullah SAW kembali bertanya kepadanya dengan kata-kata
yang jelas tanpa kiasan lagi dan meminta agar dia menjawab secara jelas
pula. Maiz menjawab, "Baiklah ya Rasulullah, aku akan mengungkapkannya
secara jelas". Rasulullah pun bertanya, "Begitu pulakah ketika masuknya
zakar ke dalam farajnya ?". Maka Maiz pun menjawab, "Ya".7. Saksi menggunakan kata-kata yang jelas
Dalam memberikan kesaksian, para saksi hendaklah nakan kata-kata
yang jelas dan tidak dengan kata-kata sindiran. Seperti yang dijelaskan
pada hadith di atas tadi.8. Memberikan Kesaksian dalam satu tempat
Para saksi itu hendaklah memberikan kesaksiannya dalam satu tempat.
Jika mereka memberikan kesaksian secara terpisah, baik dalam erti waktu
mahupun tempat, maka kesaksiannya tidak boleh diterima.
Mengenai perkara ini para pengikut mazhab Imam Syafei, Daud Zahiri dan
Zaid tidak mensyaratkan hal ini. Baik persaksian itu diberikan oleh
para saksi secara serentak dan dalam satu majlis mahupun secara
terpisah dalam majlis yang terpisah-pisah, semuanya dapat diterima.
Sebab Allah SWT hanya menyebutkan kata-kata kesaksian (syahadah) tidak
menyebutkan kata-kata tempat. Lagi pula kesaksian-kesaksian yang
diberikan mereka dapat diterima, jika satu sama lain bersesuaian
walaupun tempatnya terpisah.9. Saksi hendaklah lelaki
Orang-orang yang berperanan sebagai saksi-saksi itu hendaklah laki-laki
semuanya. Menurut Ibnu Hazm kesaksian wanita juga dapat diterima dengan
syarat dua orang wanita disamakan dengan seorang lelaki. Umpamanya
saksi-saksi itu hendaklah terdiri dari tiga orang
lelaki dan dua orang
wanita atau dua orang lelaki dan empat orang wanita ataupun seorang
lelaki dan enam orang wanita atau seluruhnya terdiri dari wanita
seramai lapan orang.10. Peristiwa Tersebut Masih baru terjadi
Peristiwa perzinaan yang disaksikan mereka itu hendaklah merupakan
peristiwa yang masih baru (belum berselang lama). Perkara ini
didasarkan atas perkataan Umar Ibnul Khatab, "Siapa sahaja yang
bersaksi atas suatu pengadilan tetapi perkaranya sudah lama, maka
kesaksian tersebut hanya merupakan dendam, dengan demikian kesaksiannya
tidak diterima".
Ulasan lain tentang Kesaksian Dalam Penuduhan Zina