Rerumah Shvoong > Buku > Esei > Malaikat Jamin Lindungi Orang Berselawat

.

Malaikat Jamin Lindungi Orang Berselawat

Summary rating: 5 stars 1 Ulasan
Pengarang : FIS1
Review by : Buwau
Lawatan: 71
Perkataan: 900
Diterbitkan pada: Januari 12, 2008
PAKAH kita tidak cinta kepada Rasulullah
SAW? Malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang yang
berselawat ke atas Rasulullah.Baginda bersabda bahawa Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail telah berkata kepada baginda.Berkata
Jibril: "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu
tiap-tiap hari sebanyak 10 kali, maka akan saya bimbing tangannya dan
akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.”Berkata pula Mikail: "Mereka yang berselawat ke atas kamu, akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.”Berkata
pula Israfil: "Mereka yang berselawat kepadamu, akan aku sujud kepada
Allah dan aku tidak akan mengangkat kepalaku hingga Allahmengampuni
orang itu.”Izrail pula berkata: “Bagi mereka yang
berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan
selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh nabi-nabi.”Dalam satu riwayat Sufyan As Sauri menceritakan:“Apabila
bertawaf mengelilingi Kaabah, saya melihat seorang lelaki, dia membaca
selawat kepada Rasulullah. “Saya mendekatinya, lalu bertanya:
“Mengapa anda meninggalkan bacaan tasbih, tahmid dan tahlil, justeru,
hanya membaca selawat? Adakah sesuatu berlaku kepada diri anda?”“Siapakah
anda ini,?” tanya orang itu. “Saya Sufyan As Sauri,” jawab saya.
"Baiklah akan aku ceritakan," kata lelaki tadi."Katanya: "Aku meninggalkan ayahku untuk mengerjakan haji. Dalam perjalanan, ayahku sakit dan sakitnya itu membawa kematian."Aku bersedih dengan kematiannya. Wajah ayahku yang tampan itu bertukar menjadi hitam legam, aku menutup wajahnya dengan kain."Aku sedih sekali dan malu jika orang mengetahuinya, sedang ayahku adalah seorang ahli ibadah."Aku
terus bertafakur dan tertidur. "Dalam tidur, aku bermimpi seakan-akan
melihat sinar yang semakin mendekati tempatku itu, dan ternyata sinar
itu bersumber dari seorang yang sangat gagah, lagi tampan."Pakaiannya
bersih, wajahnya bersinar terang, baunya harum sekali. Aku tidak pernah
melihat orang ini sebelumnya dan aku belum mengenalinya."Dia
terus menuju kepadaku. Satu-satu langkahnya, hingga dia berada di
sisiku. "Ada apa kesusahanmu?" tanyanya." "Ayahku telah meninggal
dunia," aku menangis."Dan belum sempat aku bercerita seterusnya, dia berkata. "Jangan menangis semua manusia mesti mati.""Tetapi wajahnya hitam legam. Tolonglah aku," aku merayu-rayu terus mengharapkan bantuan."Tanpa
berbicara apapun lagi, dia terus membuka kain yang menutup wajah ayahku
itu, lalu mengusap telapak tangannya pada wajah ayahku. Ajaib sekali,
aku hampir tidak percaya apa yang telah berlaku. Wajah ayahku kembali
semula putih bersih, dan lebih bercahaya daripada asalnya."Apa penawarnya? Sampai perkara yang cukup ajaib ini dapat berlaku."Dia
kemudian mengambil kain tadi dan menutup semula wajah ayahku itu.
Kemudian dia pun hendak kembali semula dari arah yang dia datang tadi."Melihat
dia akan pergi, dan aku belum lagi tahu siapa orang ini, maka aku
segera memegang bajunya seraya bertanya, siapakah tuan yang telah
menolong ayahku ini?"Dia tersenyum dan kelihatan nur dan cahaya bersinar dari senyumannya. Wajahnya seperti bulan purnama."Aku ini Muhammad," jawabnya."Muhammad siapa?" aku meminta penerangan lagi."Muhammad, Rasulullah. Akulah pembawa al-Quran," jelasnya."Aku terduduk dan terpinga-pinga untuk menikmati wajahnya yang mulia."Inilah dia Rasulullah," aku berkata dalam hatiku, lidahku kelu, tidak berkata apa-apa pun."Ayahmu
ini terlalu banyak membuat sia-sia dalam hidupnya, namun begitu dia
selalu membaca selawat dan salam kepadaku. Ketika dia mengalami hal
buruk ini, dia memohon kepadaku untuk membantunya, maka aku datang ini
untuk membantunya, dan aku selalu menolong orang yang selalu membaca
selawat dan salam kepadaku" jelasnya."Pada saat itulah aku terkejut dari mimpiku itu, dan aku terus teringat apa yang berlaku dalam mimpi itu."Aku
terus membuka kain yang menutupi wajah ayahku itu, dan betullah seperti
yang berlaku dalam mimpi tadi. Wajah ayahku kembali putih bersih dan
bercahaya lebih daripada mulanya," kata lelaki itu.FAKTA: Fadilat berselawat ke atas Nabi.# Allah mengampunkan dosa mereka yang berselawat ke atas Rasulullah.# Berganda-ganda rahmat yang dilimpahkan Allah kepadanya.# Tempat yang berhampiran Nabi Muhammad, pada hari kiamat kelak di mana saja Baginda berada.# Keutamaan beroleh syafaat khas daripada Nabi Muhammad pada hari kiamat.# Doa selawat malaikat yang sentiasa berselawat kepadanya selama dia berselawat kepada Nabi Muhammad.#
Jaminan terpelihara dan terselamatnya daripada segala apa yang
mendukacitakan dan membimbangkannya daripada perkara dunia dan akhirat.# Habuan yang menyelamatkan dia daripada ditimpa keburukan yang menimpa orang yang tidak berselawat kepada Nabi Muhammad.
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5


Please sign in to add your comment Total comments in this abstract : 1

Komen

Showing 1 out of 1   Please sign in to add your comment
  1. selawat dharrah-atom

    johan

    02 April 2008

    amalkan lepas sembahyang sebanyak

Read Free Summaries - Write and Get Paid

Summarize Human Knowledge on Shvoong. Join us!

------

Recent Shvoongers

  • aduka
  • Kimimaro
  • Pitung78
  • notarazi
  • Haqiem
  • ChangWai
  • kyra_in
  • nasriano
  • rld81nvn
  • EasyMidnight
  • fizsolution
  • b00TunK
  • beloved
  • ijass
  • Jaymez
  • kwenzc

.