Manusia, Sembahyang dan 9 kategorinya
Summary rating: 5 stars
2 Ulasan
Lawatan:
71
Perkataan:
900
Diterbitkan pada: Januari 12, 2008
1. Golongan yang langsung tidak bersembahyang dan menolak perintah sembahyang.Mereka
ini namanya saja Islam, tetapi memang tak mahu sembahyang. Malah tak
tahu pun macam mana hendak sembahyang dan tak ambil peduli langsung
tentang sembahyang. Mengikut Hadis, mereka ini dihukumsebagai kufur. Kalau dah kufur... confirmlah kekal selama-lamanya dalam Neraka... waliauzubillah.2.Golongan yang bersembahyang tanpa ilmu sembahyang.Mereka ini sembahyang sebab terikut-ikut orang lainembahyang.Tetapi
yang sebenarnya, tak tamat ilmu sembahyang pun. Mereka ini tidak tahu
yang mana satu rukun dan yang mana satu sunat. Bacaan pun tak betul,
yang panjang jadi pendek dan yang pendek jadi panjang. Sah batalnya
tidak tahu, bab bersuci pun tidak beres lagi. Sembahyang begini
tentulah tidak diterima ALLAH SWT. Macamlah orang yang bagi jawapan tak
betul dalam exam, mana cikgu nak luluskan. Tak passlah jawabnya!3.Golongan yang ada ilmu sembahyang tetapi tak kuat nak lawan nafsu.Mereka
ini lulus subjek Pengetahuan Agama Islam, kadang-kadang boleh score A1
lagi. Tapi bila Brazil masuk World Cup final, sembahyang pun
qada''.Kadang-kadang terlepas waktu kerana sibuk sangat buat kerja nak
cari duit. Kalau sembahyang pun, sembahyang exercise sahaja. Tonggang
tonggek untuk lancarkan peredaran darah tapi fikiran mereka boleh roundseluruh
dunia. Mereka ini golongan yang fasik atau zalim. Untuk mudah nak
faham, mereka ini golongan Islam yang jahat. Macam mana yang dikatakan
jahat? Mengadap Tuhan boleh lagi nak main-main... kalau depan raja pun
orang dah kata biadap, inikan pula depan Tuhan, Raja segala raja.4. Golongan yang lalai dalam sembahyangMereka ini satu tangga lebih baik dari yang tadi. Mereka dahtak
main qada'' sembahyang. Kadang-kadang bila frust atau dalam keadaan
stress, cukup rajin pula sembahyang jemaah dimasjid atau di surau.
Orang sangka mereka ini orang baik-baik, tetapi sebenarnya belum lagi.
Kalau kita nak tahu, diwaktu sembahyang hati dan fikiran mereka selalu
melayang teringatkan problem yang masih tak selesai. Contohnya bergaduh
dengan isteri, ceti dah datang, kunci hiang dll. Kadang-kadang sungguhhebatnya
sampai teresak-esak menangis dalam sembahyang. Bukan tangiskan dosa dan
takutkan Tuhan tapi sebab melayan perasaan sendiri. Dan ada dikalangan
mereka yang lebih hebat lagi, bila bagi salam, kunci pun dapat! Memang
tepatlah kalau mereka ini dikatakan golongan yang lalai.Mereka ini
termasuk juga golongan yang biadap dengan Tuhan. Di Akhirat nanti, tempat mereka ialah di Neraka Wail,
waliauzubillah.5.Golongan yang sembahyang tarik tali.Mereka ini lebih baik sikit dari yang di atas iaitu sentiasatarik
tali antara ingat bacaan sembahyang dengan tidak. Kadang-kadang ingat,
kadang-kadang lalai. Jadi,
golongan ini walaupun bersembahyang tapi belum selamat. Sebabterpulanglah kepada Tuhan, macam mana Than nak beri ''markah''.Golongan
ini bila sedar, hendaklah banyak meminta ampun kepada ALLAH, moga-moga
ALLAH terima mana-mana bahagian sembahyang yang dia ingat, manakala
yang lalai tidak dikira. Disamping itu, hendaklah mereka terus
tingkatkan kualiti sembahyang mereka.6.Golongan yang tidak memahami sepenuhnya maksud bacaan dalam sembahyang.Mereka ini fikirannya tidak lagi melilau-lilau atau bertariktali
dalam sembahyangnya. Mereka dah boleh beri tumpuan pada bacaan-bacaan
dan lafaz-lafaz yang diucap dalam sembahyang. Sembahyang mereka pun
nampak cantik dan sempurna. Kalau baca Fatihah, kalah lidah orang Arab,
tetapi tak ubah macam duit palsu sahaja. Nampak macam yang original
tapi tak ada nilai apa-apa. Mereka ini sebenarnya tak faham apa yang
dibaca... dan tak nak pula belajar makna bacaan sembahyangnya. Nak
khusyuk macam mana?... memanglah impossible! Inilah golongan awamul
muslimin. Golongan ini juga belum selamat. Kalau di depan raja, mereka
ini ibarat burung kakak tua yang tak faham apa yang diperkatakannya.
Manusia yang berperangai burung kakak tuadidepan Tuhan, manalah Tuhan suka!7.Golog selamat.Mereka
bersembahyang dengan tepat sebagaimana yang dikehendaki ALLAH. Selain
sembahyangnya tepat secara zahir, fikiran dan hatinya dapat ditumpukan
sepenuhnya kepada sembahyang. Faham pula apa yang diucapkan dalam
sembahyang. Kalau di istana, mereka inilah yang layak jadi tetamu raja.
Mereka berkelakuan sopan dan pandai menghormati raja. Raja pun suka
pada mereka.Raja tidak berat hati nak offer duduk lama-lama dalam
istananya. Golongan ini selamat di dunia dan di Akhirat dan dapat masuk
Syurga.Mereka inilah yang dikatakan orang-orang soleh.8.Golongan muqarrabinMereka
bukan sahaja khusyuk dalam sembahyang, tetapi dapat juga rasa lazat
dalam sembahyang, lebih lazat dari makan sate Kajang. Bila baca tentang
azab ALLAH, kecut hati dan perut mereka.Bila baca tentang rahmat ALLAH,
hati mereka cukup tenang dan gembira. Mereka benar-benar dapat menjiwai
sembahyang mereka. Darjat mereka ini lebih tinggi dari golongan 7.
Kalau di istana raja, mereka ibarat pekerja-pekerja yang setia dengan
raja. Bukan saja mereka memuliakan raja, bahkan semua titah raja
dilaksanakan dengan sungguh-sungguh dan rasa seronok. Tak bagi gaji pun
tak apa, asalkan dapat berkhidmat kpd raja. Orang begini, memanglah
boleh terus menerus duduk di dalam istana. Nak keluar masuk istana, tak
payah soal siasat.Cukup tunjukkan punch card. Malah raja bagi pula
kemudahan-kemudahan istimewa untuk mereka. Di Akhirat nanti, mereka
bukan sahaja selamat, tetapi tidak banyak dihisab di Padang Mahsyar.
Mereka ini bukan sahaja tidak melakukan perkara yang haram dan makruh,
malah yang harus juga dijadikan ibadah.9. Golongan siddiqinGolongan ini golongan yang luar biasa. Mereka ini bukan kenapaksa
diri untuk sembahyang tetapi betul-betul seronok nak sembahyang. Bukan
rasa lazat sahaja, tetapi sangat terhibur dan begitu asyik mahsyuk kpd
ALLAH sewaktu sembahyang (macam orang yang sedang memadu cinta) Mereka
ini terdiri dari kalangan para rasul dan anbia'' ALLAH. Mereka ini
ibarat menteri-menteri dan panglima raja. Mereka boleh rasa terhibur
kalau terpaksa gadaikan nyawa sendiri untuk selamatkan raja. Mana raja
tak sayangkan mereka!. Keluar masuk istana langsung tidak diperiksa.
Malah banyak keistimewaan yang dianugerahkan raja kpd mereka.Nasib
mereka di Akhirat tak payahlah nak dicerita. Merekalah yang menjadi
wakil Tuhan untuk selamatkan manusia.Begitulah 9 kategori
golongan manusia dan sembahyangnya... dimana kita agaknya? Bila
diperiksa sembahyang kita agaknya belum lulus lagi. Ingatkan rasa lega
dah tunaikan sembahyang, rasa dah cukup baik tetapi rupa-rupanya belum
selamat lagi. Rupa-rupanya masih derhaka dansangat biadap dengan Tuhan. Masya-ALLAH tak sedar yang kita derhaka dalam buat taat!.Marilah
kita berusaha sungguh-sungguh untuk meningkatkan sembahyang ke
peringkat 7 atau 8 kalau kita sayangkan diri kita. (Peringkat 9 memang
tak boleh untuk orang macam kita).Moga-moga kita selamat di dunia dan Akhirat. Amin ya Rabbal ''aalamin.