Fikir Dan Jadi Kaya (Think And Grow Rich)
Summary ratings: 3 stars
(xx voters)
Lawatan:
48
Perkataan:
300
Diterbitkan pada: Januari 22, 2008
Pernahkan anda membaca "Think And Grow Rich" tulisan Napoleon Hill? Jika anda bercita-cita hendak menjadi jutawan atau usahawan, buku ini patut dibaca. Buku ini memberi perangsang dan dorongan kepada sesiapa yang pernah bercita-cita atau putus asa untuk menjadi kaya. Jika anda telah terperangkap dalam rutin 9-5 dan anda tidak nampak jalan keluar darinya, bacalah buku ini. Ia akan mengajar anda bahawa minda anda adalah harta anda yang paling bernilai. Ia juga akan mengajar anda bagaimana anda akan mengawalnya. Saya masih ingat ketika membacanya 4 tahun lalu, saya langsung tak faham sepatah pun perkataannya; lalu saya berhenti membacanya. Hari ini saya membacanya paling kurang 3 kali dan berulang-ulang kali. Memang susah hendak memahaminya jika anda tidak biasa dengan isitilah dan juga bagaimana proses minda bekerja. Walaubagaimanapun, ia akan berbaloi kerana buku ini sememangnya mengajar anda bagaimana mengatur usaha ke arah kejayaan. Dalam bab ke dua, Napoleon menyebutkan "Keyakinan dalaman adalah titik mula kepada pengumpulan kekayaan!" Kalau anda tidak ada keyakinan ini, sudah tentulah anda tidak akan sampai ke mana pun. Contohnya, jika anda pernah menulis azam tahun baru, adakah anda benar-benar percaya boleh melakukannya? atau sekadar berharap untuk mencapainya? Adakah anada terus bekerja kini ke arah azam itu ataupun sudah berhenti? Anda perlukan keyakinan dalaman dan buku ini akan mengajar anda hal tersebut. Tahukah anda jika anda sering bercakap hal yang salah kepada minda anda, minda anda akan mempercayai penipuan itu? Sebaliknya, jika anda sering membisikkan usaha2 kejayaan kepada minda anda, diri anda akan membina keyakinan bahawa anda sememangnya mampu mencapai hajat anda.